Sebelum ini, kita sering lihat pertunjukkan memecahkan batu bata dengan kung fu kepala yang dipersembahkan oleh guru kung fu dari Shaolin di China.
Terbaru, seorang jaguh seni pertahanan diri taekwando yang turut memiliki kebolehan sedemikian berjaya mencipta rekod dunia apabila mampu menghancurkan 111 buah batu bata dengan menggunakan kekuatan kepalanya.
Kerim Ahmetspahic yang berusia 16 tahun sahaja berasal dari Bosnia, melakukan aksi luar biasa itu hanya dalam tempoh 35 saat ketika disaksikan ramai penonton di bandar Visoko pada Sabtu lalu.
Wakil rekod dunia Guinness turut hadir untuk menyaksikan aksi Kerim yang melompat dan memusingkan badannya sebelum menghentakkan kepalanya bagi menghancurkan batu bata yang disusun sebanyak enam buah setiap satu baris.
Sebaik-baik sahaja dia melengkapkan cabaran tersebut, kedengaran penonton bersorak meraikan kehebatannya remaja itu.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon