Penyanyi Utama Kumpuluan XPDC, Mael Ditemui Rebah, Tak Sedar Diri Di Rumahnya

Penyanyi Utama Kumpuluan XPDC, Mael Ditemui Rebah, Tak Sedar Diri Di Rumahnya



Penyanyi utama kumpulan XPDC, Mael  telah dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya.

Berdasarkan laporan dari Utusan, sumber bernama Mad Rox mendedahkan bahawa penyanyi itu sehingga kini masih belum sedarkan diri di wad kecemasan.

Mael XPDC kini sedang dirawat di unit kecemasan.

Ini komen sumber berkenaan:

“Saya mendapat panggilan dari hospital kira-kira pukul 11.40 pagi tadi memberitahu bahawa Mael telah dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

“Difahamkan, Mael rebah ketika berada di rumahnya kerana keadaannya begitu lemah selepas tidak makan disebabkan sakit gout yang dihidapinya.

“Sekarang ini anaknya, Syed Israfil telah dimaklumkan keadaan yang menimpa ayahnya dan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Muar,” 


Mad Rox merupakan rakan rapat kepada Mael XPDC.

Dia mengatakan Mael tiada sebarang penyakit serius selain gout.

Mael XPDC pernah membuat kemunculan khas di Gegar Vaganza pada musim yang lalu.

Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon