"Sebelum Ada Anak, Semak Balik Perkara-Perakara Ini..Adakah Sudah Bersedia?"


Saya nak share sedikit checklist sebelum menang cahaya mata. Memang kalau dah kahwin, selain daripada kena hadap pertanyaan orang tentang dah ada isi ke tak, hati sendiri pun menjerit2 nak anak juga. Lebih2 lagi kalau jenis yang ada besfren yang dah masuk 2 3 anak. 

Jumpa je diorang, diorang konfom akan bercerita pasal anak. Semua2 yang manis la yang dicerita. Jumpa baby2, apatah lagi. Membuak2 nak anak. Tapi sebenarnya bersediakah kita? Dari pengalaman saya sendiri, korang kena check balik perkara2 ni. Cukupkah dan ada tak dalam checklist anda?


1) ILMU

nak buat anak memang senang. Tapi nak jaga anak. Bersediakah? Dari fasa dah nak beranak, semasa tu la korang kena ada ilmu. Apa pantang larang semasa mengandung? Makanan2 yang bagus untuk anak semasa hamil? Barang2 persediaan nak masuk wad bersalin? Macam mana nak tukar pampers bayi baru lahir? 

Macam mana nak mandikan bayi? Macam mana nak handle bayi duk berjaga malam? Macam mana nak susukan bayi dengan cara betul? Ha… banyak ko… tu belum masuk lagi penjagaan diri semasa pantang. Nak2 kalau sembelit, luka episiotomy lambat sembuh dan lenguh2 macam2 lagi la. 

Oh mama memang struggle betul. Habis semua orang saya tanya. Habis semua group fb mama2 saya masuk dan google 24 hour. Tapi.. macam tu la.. ilmu masih tak cukup. Menyesal tak study awal2 sebelum beranak. Dan lagi sadis ialah ilmu tentang penyusuan. Camna nak buat stok. 

Yang tu memang kena study betul2 kalo korang nak tinggal anak kat pengasuh n pergi bekerja. Unless korang suri rumah so just bagi susu cap gantung je la.xpayah pikir nak buat stok.

2)DUIT

Memang anak itu rezeki daripada Allah dan penambah rezeki. Tetapi nak menimang anal memang kena sediakan duit yang banyak. Dari semasa hamil lagi beli susu mak, sampai la anak lahir. Nak beli baju2 baby, pampers, susu (in case awal2 tu susu tak keluar), barang mandian, dan believe me.

 Nak mengharap orang bagi baju kat anak, memang tak cukup. Sebelum anak lahir saya dah beli 4 pasang. Ingat dah cukup. Tapi memang tak. Kadang2 anal terkencing dalam baju tak sempat nak pakaikan pampers la. Dan kadang2 hujan tak sempat kering baju. Huhu.. so memang prepare la banyak2. 

Tapi jangan banyak sangat. Newborn sekejap je. 2 bulan dah kena beli baju baru dah.lagi benda nak dibeli ialah barang2 berpantang mama dan ubat2 in case luka jahit mama tak sembuh dan sembelit.

3)KESIHATAN

dari awal kehamilan sampai la dah beranak. Memang kena jaga kesihatan betul2. Korang kena prepare fizikally dan mentally. Bayangkan. First alahan kuat. Habis alahan, sembelit2 pula. Nak dekat beranak, sakit2 badan. 

Lepas beranak, kena berjaga malam. Biasanya anak dalam pantang waktu tidurnya siang hari dan berjaga malam. Semasa pantang memang waktu yang tough bagi saya sampai satu tahap saya kena ribakan anak sampai pukul 4 pagi dan terpaksa bagi mak pula tolong jaga anal sampai pukul 6 pagi sebab saya penat sangat. 

Tapi alhamdulillah. Kesihatan terjaga. Bukan nak promote tapi sepanjang hamil sampaila sekarang, saya ambil supplement shaklee. Tak beli pun set. Amek yang penting2 je. Set mahal pula. Huhu. Saya tak beli pun nona rogue ke d herbs ke. Berurut dan bertungku pun hanya ambil 4 sesi. Cukup dengan shaklee. Tapi kena spend la sikit kalau nak kesihatan yang baik.

4) MASA

semasa single dan semasa berdua je dengan suami, memang banyak masa spend dengan aktiviti2 sendiri. Tidur pun lebih kan? Tapi bersediakah korang? Sebab masa anda bila dah beranak ni dah bertukar. Tidur hanya 4 jam je sehari. Kena bangun setiap 2 jam untuk susukan anak dan check pampers die kot2 dia kencing berak. 

Kesian anak tau kalau tak salin pampers sebab tidur dalam air kencing camtu. So memang kena berkorban kalau bab tidur. Bukan setakat tidur. Waktu nak tengok tv pun tak ada. Sebab bayi awal2 ni memang suka diulit. Anak saya ni memang tak boleh kalau saya tak ulit die kalau die nak tido. 

Ulit yang kena bangun dan berdiri berjalan sana sini k.. kadang2 tu dalam keadaan sakit2 dan lenguh memang kena berkorban juga untuk mengulit anak. Waktu shoping? Haha. Memang say bye2. Pernah sekali tinggal kejap je anak kat mak sebab saya nak keluar pos barang customer, memang berkejar. 

Risaukan anak la. Kot2 menangis ke, lapar ke.. dalam fikiran memang pikir anak je 24 jam. Nak gi shoping dengan husband? Dah tak boleh dah round2 1 tesco tu. Anak nak susu, anak nak tido, anak berak.. so kena bersedia la. Sebab tu pentinf ilmu2 tu kalau nak ada anak ni. Nak tengok wayang? Say bye2 juga ye. Tengok dalam laptop pun 7 kali tengok baru habis cerita. Hihi..

5)KERJASAMA ANTARA SUAMI ISTERI

yang ni paling penting. Sebelum korang decide nak menimang anak, duduk depan suami. Berbincang hati ke hati. Cari ilmu sama2 dan berbincang peranan masing2 bila dah ada anak. Bila hanya duduk bertiga, minta kerjasama suami bab kerja2 rumah. Memasak, membasuh baju, menjaga anak. Penting. 

Belajar sama2 macam mana nak mandikan anak, tukar pampers anak, dodoikan anak dan bermain dengan anak. Penting. Dan paling pentinf ialah suami tolong la memahami jika isteri tak sempat nak memasak ke, membasuh baju ke. Kena ringan2kan tangan membantu apa yang patut.


Walau apa2 pun, anak adalah anugerah dari Allah yang terindah. Merasai mengandungkannya, melahirkannya, menyusukannya, menjaganya adalah sesuatu yang amat istimewa. Berdoa banyak2 agar dipermudahkan segalanya. Sentiasa bersyukur dengan kurniaannya. Harap checklist atas membantu sesiapa yang sedang berikhtiar untuk mendapatkan anak. Sekian


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon