Katak Gergasi Ini Diburu Secara Haram, Harga Cecah Seperti Seekor Ayam!


Hutan asli di Republik Cameroon, di dalam sungainya terdapat sejenis katak gergasi yang diiktiraf sebagai haiwan tanpa ekor yang paling besar di dunia.

Bagi yang dewasa, katak jantan jenis ini purata panjang badannya berukuran 30cm, dan jika badannya ditarik memanjang, ukuran panjangnya boleh mencecah sehingga 88cm dan beratnya kira-kira 3kg. 

Bentuk badannya bukan sahaja kelihatan gempal, kaki belakangnya kuat dan berotot. Kebolehan melompatnya agak luar biasa dan dikatakan boleh melompat setinggi 5 meter! 

Ianya juga merupakan haiwan karnivor atau jenis haiwan yang gemar makan daging. Contoh seperti serangga, ikan, udang, katak bersaiz kecil dan lain-lain semuanya boleh dimakannya.

Bagaimanapun, ketika ini habitatnya hampir pupus apabila diceroboh aktiviti pembalakan yang keterlaluan. 

Difahamkan harga AS$4 atau kira-kira RM18 seekor yang ditawarkan oleh sindiket pemburuan haram yang telah berleluasa sekian lama.

Disebabkan bilangan spesis katak jenis ini semakin menurun, maka Perjanjian Washington menyenaraikannya dalam senarai haiwan yang kian mengalami kepupusan dan dilarang mengadakan jualan di peringkat antarabangsa.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon