Bagi membolehkan pelajar memberi lebih tumpuan pada pembelajaran, lazimnya pihak sekolah tidak akan membenarkan pelajar membawa telefon pintar ke dalam bilik darjah. Sekiranya didapati mengingkari peraturan itu, pelajar berkenaan akan dikenakan hukuman.
Namun lain pula yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Henan, China. Pada Rabu lepas, berlaku satu insiden di mana seorang pelajar bertindak nekad terjun dari bangunan sekolah bagi meluahkan rasa ketidakpuasan hati kerana telefon bimbitnya dirampas oleh guru.
Berdasarkan paparan video yang diambil dari rakaman kamera litar tertutup, CCTV di sekolah yang bertarikh 22hb Mac, pelajar tersebut ketika itu kelihatan muram sambil berkeliaran di sekitar kawasan koridor.
Selepas dua minit berlalu, pelajar tersebut tiba-tiba memanjat pagar koridor dan terus melompat ke bawah. Tiga pelajar perempuan yang kebetulan ketika itu berada di kawasan berdekatan menjerit sebaik sahaja melihat pelajar itu terjatuh dari tingkat atas.
Bagaimanapun, menurut jabatan pendidikan memberitahu pelajar tersebut kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital.
Jabatan pendidikan bahagian wilayah kini giat memberi kaunseling dari segi pendidikan kesihatan mental dan juga kerja-kerja pendidikan mengenai keselamatan.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon