Ketika ini nama Farah Elmo menjadi bualan ramai netizen apabila videonya menjadi viral di media sosial. Terbaru, video seorang wanita dari Kelantan menasihati golongan wanita supaya tidak meletakkan hantaran terlalu tinggi.
Video tersebut dimuat naik oleh Nurul Adeline Daud yang berkongsi pengalamannya berumah tangga, namun perkahwinan wanita itu tidak bertahan lama. Video tersebut menjadi viral sehingga dikongsi lebih 30,000 kali.
Dalam video berkenaan, Nurul Adeline mengatakan tiada guna letak wang hantaran tinggi-tinggi sehingga menyebabkan bakal suami terbeban dengan hutang dan menjadi panas baran.
"Hantaran mahal-mahal pun tak guna kalau dapat suami panas baran, kaki pukul dan curang. RM20K, RM30K tak guna dik kalau merana seumur hidup. Contoh seperti kak, akak ni janda tiada anak. Akak nikah hantaran RM13,188 sempena tarikh lahir akak. Tapi kesudahannya suami seorang panas baran, suka pukul dan curang dengan akak."
Wanita tersebut juga menasihati golongan wanita supaya memikirkan masa depan dan bukan melihat kepada jangka masa pendek dengan mengenakan hantaran yang tinggi sehingga membebankan pasangan kelak.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon