Wanita Ini Kena Hina, Keji Dan Diherdik Kerana Rumahnya Yang Busuk


Kadang-kadang hidup ini tidak cerah seperti yang diinginkan. Namun hidup tetap harus diteruskan walaupun sering dikeji, dihina dan diherdik segelintir orang. Bagi wanita ini, Khatijah Mohamad Yusuf, beliau telah lali dengan ejekan segelintir jiran kerana rumahnya yang busuk. Beliau tetap sabar dan tabah untuk meneruskah kehidupan setelah lumpuh dari paras pinggan ke bawah sejak dua tahun lalu. 

Kini, wanita ini hanya mampun bangun dan duduk di atas katil dan melakukan pelbagai kerja dari atas katil termasuk melipat pakaian serta memasak. Dia akan menarik gas menggunakan tongkat dan meminta cucu yang berusia 4 tahun untuk membantu memasak dengan ala kadar. 

Memetik laporan Harian Metro, wanita berkenaan hanya tinggal berdua bersama cucunya yang bukan sekadar menjadi peneman malah tempat dia bergantung harap. 

“Saya lumpuh sejak dua tahun lalu dan tidak dapat bergerak, sebaliknya hanya mampu duduk di katil. Di katil inilah saya mandi, tidur, memasak, kencing serta buang air dan saya buat semua itu sendiri tanpa bantuan sesiapa.

“Sejak suami meninggal dunia Oktober tahun lalu, saya sudah hilang tempat untuk bergantung hidup, malah hilang sumber kewangan dan kini tinggal berdua bersama Nur Iman.

“Sebelum suami meninggal dunia, dia tempat saya dan Nur Iman bergantung hidup. Namun, selepas suami pergi, saya dan cucu pernah tidak makan beberapa hari berikutan tiada wang,” 

Khatijah menerima wang bantuan RM350 sebulan dari JKM yang digunakan untuk membayar bil elektrik dan air dan selebihnya membeli barangan dapur. 

“Kadang-kadang barang dapur hanya bertahan beberapa hari saja. Selepas barang dapur habis, saya dan cucu makan apa yang ada termasuk sisa roti kering dan biskut disedekahkan orang yang datang menziarahi kami.

“Saya tidak tahu kepada siapa untuk meminta wang bagi membeli keperluan harian. Kami hanya menanti jika ada jiran baik hati dan orang ramai datang melawat kami memberi sedekah,” katanya.

Nasib Khatijah semakin teruk selepas dia dihina dan dikeji segelintir jiran tetangga berikutan tempat tidurnya itu berbau busuk dan hancing akibat tidak dicuci. Beliau berkata, dia tidak dapat mencuci katilnya berikutan tidak dapat bangun akibat lumpuh, sebaliknya hanya mampu duduk saja di katil.

“Saya hanya mampu duduk dan membuat kerja rumah di atas katil ini. Saya tidak dapat bangun, hanya tangan saja dapat bergerak untuk melakukan kerja rumah manakala kaki saya lumpuh.

“Pergerakan saya terhad menyebabkan tidak dapat mencuci dan membasuh cadar sehingga ia berbau busuk. Bagaimanapun, saya tetap bersabar dan berharap jiran terbabit memahami keadaan hidup kami,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Khatijah boleh ke rumahnya di Nombor 11F Hilir Solok Sungai Pinang, Georgetown berikutan tidak ada telefon serta akaun bank.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon