Bapa Ditetak Sampai Mati Oleh Anak Sendiri Kerana Enggan Beri Wang


Akibat enggan memberi wang kepada anaknya, seorang kontraktor di Batu 4 , Jalan Kampung Padang Melangit di sini maut akibat ditetak dengan parang dan ditikan dengan pisau sehingga perutnya terburai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Azahar Muda berkata kejadian berlaku pagi Jumaat.

"Difahamkan suspek yang berusia 24 tahun yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu pasar raya di Kuala Lumpur baru pulang ke Perlis pagi semalam dan telah meminta sejumlah wang daripada bapanya.

"Pagi ini (Jumaat) lebih kurang antara pukul 7.15 hingga 7.30 pagi, suspek sekali lagi cuba mendapatkan wang daripada bapanya, namun berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek bertindak menetak bapanya dengan parang dan pisau pemotong sayur di dada, perut, dan tangan sehingga perut mangsa terburai manakala satu jari kanannya putus," katanya kepada pemberita di sini.

Azahar berkata mangsa berusia 53 itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suspek ditahan pukul 8 pagi tadi di rumah neneknya kira-kira 60 meter dari rumah bapanya.

Beliau berkata suspek yang dipercayai penagih turut menikam dirinya dan dia kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Dia akan direman, katanya.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon