"Kami Sedia Berperang Dengan AS"


Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan pihaknya akan selesaikan sendiri masalah Korea Utara sekiranya China enggan berbuat demikian. 

Setelah tentera AS melancarkan serangan ke atas Syria dan Afghanistan baru-baru ini, pihak luar beranggapan sasaran yang seterusnya adalah Korea Utara. 

Sehubungan itu, Kementerian Luar Korea Utara telah memberi amaran kepada AS jangan cuba bertindak sebarangan, kalau tidak akan terima serangan balas dari Korea Utara.

Dalam pada itu, memetik laporan Associated Press, timbalan menteri luar Korea Utara, Han Song Ryol bertindak mengecam Trump yang hanya tahu menimbulkan masalah, dan beritahu Korea Utara mampu menjalankan ujian nuklear pada bila-bila masa. 

Ketika ditemubual, beliau mengkritik tentera AS yang menghantar jet perang dan menjalankan latihan tentera besar-besaran bersama Korea Selatan, tindakan itu hanya memburukkan keadaan di sekitar Korea Utara. 

Tegasnya, Pyongyang tidak akan mendiamkan diri apabila berdepan tindakan hendap yang diambil oleh tentera AS. 

Tambahnya, selagi Kim Jong-un rasa bersesuaian, maka beliau boleh mengarahkan ujian nuklear yang terbaru diadakan pada bila-bila masa. 

Ada pihak luar menjangkakan Korea Utara mungkin menjalankan ujian nuklear untuk kali ke-6 pada hari jadi Kim Il Sung iaitu 15 April, akibatnya keadaan menjadi semakin tegang.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon