"Bodoh Sombong" - Netizen Kecam Pelakon Letak Kereta Sesuka Hati


Tular di laman sosial baru-baru ini tentang seorang pelakon, Iqram Dinzly yang dikatakan telah meletakkan kereta di tempat yang salah sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Menurut seorang pengguna Facebook yang memuat naik gambar kereta milik Iqram itu ke laman Langkawi Sana Sini II, ia diparkir betul-betul di jalan masuk.

"Selamat petang, tolong komen. Macam ni ke orang parking kereta, menyusahkan orang, parking jalan masuk."


Kereta jenis Honda CRV berwarna putih itu dirakamkan diletakkan sesuka hati sehingga menutupi laluan masuk ke premis bangunan di Langkawi.

Gara-gara itu, sekeping nota yang berbunyi, "Kereta besar, otak kecik" ditinggalkan di atas kenderaan itu tersebut.

Mneyedari gambar keretanya telah tular, Iqram yang kononnya mahu membalas dendam dimalukan sebegitu rupa bertindak memuat naik gambar swafotonya dengan nota tersebut

Namun malangnya, kapsyen tersebut menimbulkan kemarahan pengikutnya di Instagram.

Tindakannya yang terang-terang salah itu menunjukkan yang aktor ini seolah-olah tidak boleh ditegur dan berlagak sombong.

Sebagai seorang selebriti yang dikenali ramai, sepatutnya Iqram mengakui kesalahannya dan merendah diri dengan memohon maaf.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon