Kuasa Viral Berjaya Temukan Warga Perancis Ini Dengan Telefon Bimbitnya Yang Tertinggal


Bagi seorang pelancong warga Perancis, Yves Moncla sudah pasti akan terharu dengan sikap prihatin rakyat Malaysia. 

Moncla tertinggal telefon bimbitnya di dalam kereta seorang wanita yang ditumpang untuk pergi ke sebuah bank di   dan kuasa viral memberi kelegaan padanya apabila berjaya ditemui semula. 

Syafiqah Shahirah yang bekerja sebagai jururawat berasal dari Sepang berkata, dia tidak perasan yang telefon bimbit jenis Crosscall itu ada di dalam keretanya sejak semalam.

"Kuasa viral. Saya tidak sedar telefon dia tercicir dalam kereta saya. Selepas sedar kisah dia diperkatakan di Facebook (FB), saya cari dan menemuinya di bawah tempat duduk," katanya di laman Facebooknya.

Syafiqah kemudian menghantar kembali telefon bimbit kepada Moncla malam tadi. Moncla juga diberi penginapan percuma oleh pemilik resort yang kasihan melihat pelancong tersebut menunggu di tepi jalan dengan harapan dapat berjumpa dengan Syafiqah. 

Kisah Moncla menjadi viral semenjak petang semalam selepas dilihat menunggu di tepi jalan oleh orang awam bersama catatan mengenai kehilangan telefonnya.

Sementara itu, Moncla mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya.

"Malaysia sangat hebat! Terima kasih banyak-banyak kepada semua. Anda semua seperti satu keluarga yang besar, saya akan ingat pertolongan dan sokongan anda sampai bila-bila. Kamu adalah contoh terbaik mengenai SAYANG," katanya. 

Moncla yang melancong mengelilingi dunia sejak lebih setahun lalu akan ke Filipina Sabtu ini selepas tiba di sini dari India, tiga hari lalu.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon