Majikan Kejam Rakam Pembantu Rumah Bergayut Pada Birai Tingkap Sebelum Jatuh


Melalui rakaman video yang tular di media sosial jelas mendapati wanita itu kedengaran ketawa ketika pembantu rumahnya bergayut pada birai tingkap sebelum jatuh.

Memetik laporan akhbar Al-Seyassah, video berdurasi 12 saat itu menunjukkan pembantu rumah bergayut pada birai tingkap sambil merayu diselamatkan selepas menukar fikiran untuk tidak membunuh diri. "Pegang saya, pegang saya," rayu wanita itu. 

Majikannya itu hanya membiarkan pembantu rumah terkapai-kapai dan akhirnya terjatuh atas bumbung di tingkat bawah yang menyelamatkan nyawanya.

Pun begitu pembantu rumah itu dilaporkan mengalami cedera parah termasuk perdarahan hidung dan telinga serta patah tangan.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut mengapa pembantu rumah itu bertindak membunuh diri sebelumnya. 

Memetik laman The Guardian, Kuwait menempatkan lebih 600,000 pembantu rumah yang kebanyakan datangnya dari Asia dan sering mengadu mereka didera, dilayan dengan kasar serta tidak dibayar gaji.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon