Pelajar Tipu Kena Keracunan Makanan, Sebenarnya Helah Untuk Pulang Ke Rumah


"Mereka mengadu sakit perut dan penyelia asrama telah membawa mereka ke klinik. Tetapi selepas pemeriksaan dan siasatan dibuat, ternyata mereka sebenarnya tidak sakit."

Pengetua Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh berkata demikian setelah mendedahkan helah yang dilakukan oleh sekumpulan pelajarnya yang berjumlah kira-kira 30 orang.

Memetik laporan Bernama, ini susulan semalam kumpulan pelajar terbabit mendakwa mereka mengalami simptom sakit perut selain demam akibat keracunan makanan. 

Namun pengetua sekolah berkenaan Zaberi Abdul Hamid memberitahu tidak berlaku kes keracunan makanan, sebaliknya ia hanya berupa helah pelajar untuk balik bercuti.

Jelas Zaberi pelajar tingkatan tiga, empat dan lima tidak pula mendakwa terkena keracunan makanan, sedangkan mereka juga makan di dewan makan asrama.

"Jika mereka betul-betul terkena keracunan makanan, sudah tentu pelajar lain juga turut terjejas."

"Pihak sekolah akan membenarkan mereka pulang ke rumah untuk berehat sekiranya ada pelajar yang tidak sihat."

Dalam pada itu, Zaberi turut berkata pemantauan ke atas keperluan dan keadaan semasa pelajar sentiasa dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan tiada perkara buruk menimpa mereka sepanjang mereka berada di bawah jagaan pihak sekolah.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon