Peragut Tak Sedar Wajah Dirakam Secara "Live" Selepas Ragut Telefon Pelajar Warga Uzbekistan


Ini mungkin peragut paling gagal dalam sejarah peragut! Baru-baru ini, seorang lelaki telah meragut sebuah telefon pintar dari seorang pelajar kolej warga Uzbekistan dikenali sebagai Shah. Kejadian tersebut berlaku sekitar Jalan Ipoh di Kuala Lumpur kira-kira 12.30 tengahari pada 12 April yang lalu. 

Namun ini yang sebaliknya berlaku, peragut tersebut tidak tahu yang mangsa sedang dalam "live chat" ketika meragut telefon berkenaan. 

Selepas kejadian tersebut, Shah bergegas kembali ke rumah untuk mengulang tayang video tersebut dan berjaya merakam wajah peragut berkenaan. 

"Ketika itu Shah sedang berjalan seorang diri selepas kelasnya berakhir. Dia sedang menggunakan aplikasi Periscope untuk bersembang dengan rakannya bila tiba-tiba seorang lelaki meragut telefon tersebut. 

Peragut itu memakai jaket "Pull and Bear" tetapi Shah malangnya tidak tahu jenis motosikal tapi dia berjaya mengingati nombor pendaftaran motosikal tersebut. Bila disemak dengan JPJ tiada rekod kemungkinan nombor plat terbabit adalah palsu. 

Video berkenaan menjadi viral selepas dimuat naik dan netizen geli hati melihat gelagat peragut berkenaan. 

Dengan wajah peragut berkenaan viral di Facebook, polis berjaya menahan suspek pada hari yang sama dan dibawa ke balai polis Sentul. 

Apa yang terjadi kepada Shah ini sebenarnya menjadi peringatan kepada kita semua agar lebih peka dengan keadaan sekeliling dan jangan leka dengan telefon pintar anda.




Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon