5 Amalan Ini Adalah Penyebab Murah Rezeki

Amalan dibawah adalah amalan yang akan menyebabkan kita menjadi murah rezeki dan mendapat keberkatan terhadap rezeki yang diperolehi insyaAllah. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya, mintalah kepadaNya, nescaya dikabulkan.
1. Berdoa kepada Allah
Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam selalu berdoa memohn rezeki setiap selesai solat subuh, kenapa kita tidak melakukannya?
“Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima” [HR. Ahmad]
2. Perbanyak istighfar dan taubat
Istighfar membuka pintu rezeki, kenapa kita tidak pernah memperbanyak istighfar? Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam mengucapkan istigfar kepada Allah sangat banyak, setiap hari. Sementara baginda adalah manusia yang sudah dijamin syurga.
Nabi Nuh ‘alaihis salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:
فَقُل فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا
Maksudnya : “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12)
Allah menjelaskan lebih detail mengenai hubungan rezeki dengan istighfar seperti dalam ayat diatas. Didukung dengan hadits nabi yang menyatakan hal yang sama.
Disebutkan dalam suatu hadis:
مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
Maksudnya : “Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir. ) (Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)
3. Menyambung silaturahmi.
Amalan pembuka pintu rezeki selanjutnya adalah dengan menyambung silaturahmi kepada kerabat. Silaturahmi di sini bukan dalam erti berkunjung kepada teman atau tetangga, tapi kita menjalini hubungan yang baik dengan saudara mara yang ada hubungan darahnya dengan kita.
Membiasakan diri silaturahmi boleh dilakukan sejak kecil sehingga sekarang, bagi kita yang sudah berusia tua dan mempunyai anak mulai sekarang segera perkenalkan anak-anak kita kepada saudaranya. Dijelaskan dalam sebuah hadis shahih bahawa silaturahmi memperpanjang umur dan memperbanyak rezeki.
“Siapa yang bertakwa kepada Rabbnya dan menyambung silaturahmi nescaya akan diperpanjang umurnya dan hartanya akan diperbanyak, serta keluarganya akan mencintainya.” [HR Bukhari: hadis no. 58]
4. Perbanyak sedekah.
Sedekah atau sedekah bboleh dilakukan dengan wang mahupun makanan, diberikan kepada seorang yang memerlukan. Hadits riwayat Abu Hurairah menjelaskan bahawa sedekah tidak akan mengurangi harta. Dengan begitu makna yang tersirat adalah memperbanyak harta.
Dari Asma’ binti Abu Bakar berkata, Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bahawa:
“Janganlah engkau menyimpan harta tanpa menyedekahkannya, jika tidak maka Allah akan menahan rezeki untukmu.”
Allah tidak akan menahan rezeki bagi orang yang gemar bersedekah. Hal itu bererti semakin banyak sedekah maka semakin sering pula Allah memberikan rezeki. Pada zaman Rasulullah para sahabat berebut untuk sedekah kerana mengetahui keutamaannya.
Allah Akan Mnggantikan Harta Orang yang Bersedekah.
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Solat dhuha merupakan solat sunnah yang dilakukan pada waktu dhuha. Waktu dhuha bermula 28 minit setelah waktu syuruk. dan habis 9 minit sebelum masuk waktu zuhur.
Dijelaskan dalam sebuah hadis bahawa setiap ruas tulang di badan ini dalam keadaan berhutang sedekah setiap hari, dan hutang itu boleh dibayar dengan solat dhuha.
“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat sholat dhuha.” [HR Muslim 1181]
Memang tidak dijelaskan secara jelas hubungan solat dhuha dan rezeki. Akan tetapi kita boleh mengambil kesimpulan bahawa solat dhuha sama dengan sedekah
Demikian beberapa amalan pembuka pintu rezeki yang boleh kita lakukan jika ingin rezeki terbuka luas. Namun, yang perlu diperhatikan bagi kita bahawa beramal ibadah sebaiknya tidak mengharap imbalan dunia semata, akan tetapi akhirat yang diutamakan;.
Maka kerjakan 5 amalan pembuka rezeki tersebut dengan ikhlas dan mengharap pahala dari Allah SWT. Jika Allah memberikan rezekinya di dunia maka bersyukurlah.


via Bin Usrah SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K


EmoticonEmoticon