Adakah Layak Seorang Pelanggan Astro Menerima Zakat ? Ini Jawapan Lembaga Zakat Selangor



Bunyinya memang kelakar. Tetapi inilah realiti kehidpuan rakyat malaysia yang gemar argue :

“Tak layak! Tolong remove asnaf ni dari nama penerima. Saya pembayar zakat hidup selesa pun tak ingin nak pakai astro sebab membazir dan mahal.”
“Habis yang dapat zakat kena pakai antena ke? Orang pakai astro semestinya org kaya ke?”
“Astro boleh bayar, nak makan minta zakat. Gila ke?”

Pelbagai jenis  komen muncul samada negatif mahupun positif .

Di kawasan kampung kalau nampak pring ASTRO tu mungkin kerana aktiviti CSR ASTRO dalam program e-Kasih. Boleh rujuk laporan yang ditulis oleh Astro Awani. Jadi janganlah hanya kerana nampak piring ASTRO, terus dicap tak layak terima zakat.

Jom kita lihat apa lagi komen netizen tentang isu ini dan jawapan dari Lembaga Zakat Selangor.

Jawapan Lembaga Zakat Selangor:

Terima kasih atas maklum balas anda semua. Kami amat menghargai segala komen, cadangan dan penambahbaikan yang diberikan.

Untuk persoalan di atas, Zakat Selangor mengambil kira dua (2) aspek utama penilaian sebelum diluluskan permohonan.

Penentuan kelayakan fakir miskin adalah berdasarkan siasatan dan pengiraan Had Kifayah. Manakala berkaitan astro:
1. Astro Pakej Basic (RM39.90)

Untuk kes ini biasanya Zakat Selangor tiada mengambil kira dalam penentuan kelayakan. Asas pertimbangannya ialah kadang-kadang jika tinggal kawasan yang memang jiran-jiran sekeliling memasang Astro terutama di flat atau rumah pangsa biasanya mereka yang tidak mempunyai astro akan mengalami gangguan siaran TV.
2. Lain-lain pakej Astro (bukan Basic)

Untuk kes ini pula biasanya pihak Zakat Selangor akan mencampurkan bil Astro itu dalam pengiraan Had Kifayah.

Maknanya perkara ini akan diambil kira dalam mengira kelayakkan sebagai asnaf fakir miskin.

Peluang untuk menjadi Asnaf Fakir/miskin masih ada lagi, namun kami akan menasihatkan mereka supaya menutup akaun astro atau menukar kepada pakej basic atau bertukar kepada NJOI sahaja.

Apa yang penting kita wajib memahami antara keutamaan dan kehendak. Mendahulukan keperluan asas berbanding kemahuan.

Sekian terima kasih.

Lembaga Zakat Selangor - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon