Aku seorang ibu kepada 2 orang anak perempuan yang masing-masing berumur 3 tahun dan 9 bulan..apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah pengalaman sendiri dan aku pasti 100% korang pun pernah alaminya..nak jadi ibu/mak/mama/ummi bukanlah semudah macam nk selfie je wei..cabaran tu bermula bukan sejak lahirnya anak tu tapi bila kau dah disahkan pregnant.
'Tolong Jangan Banding-Bandingkan Orang'
Untuk aku yang mengalami alahan tersangatlah teruk (sebenarnya ada orang yg lagi teruk) terpaksa tahan telinga jugak disamping nak melayan muntah aku ni..haha..ada orang cakap aku layan muntah n lembik aku ni..menangis memang menangis..tambah2 anak 1st..
pastu siap ada yang compare dgn diri sendiri mahupun si polan-si polan kenalan dia..”eh2, dia tu mengandung juga, tapi lasak kemain..memang dia x layan la mabuk mengandung dia tu”..tapi aku hanya mampu jawab dlm hati jela..bila malam je nk tdo mulala ngadu kt suami..sabar jela jawab dia..satu je aku nak tegaskan KORANG INGAT KAMI YANG MABUK MENGANDUNG NI SUKA SANGAT KE MAKAN MUNTAH MAKAN MUNTAH SAMPAI TERBARING..haha..
"Tolong Hormat Sesama Wanita"
Tu baru part awal mengandung..bila hormon dh ok seronok2 nk makan itu ini datang pulak makhluk2 yang menegur keciknya perut kau..dan dari situ ada la adegan2 perbandingan..hahaha..sumpah aku pernah kena..aku pulak memang badan keding x besar mana..tapi tulah, aku cuma mampu tersenyum sinis..lemah betol aku nak menjawab..
Bila dah smpai kemuncak nak melahirkan anak tu lagi la ramai juri2 awam yang sibuk nak komen itu ini..macam aku dulu alhamdillah, Allah dah bagi seribu kemudahan untuk aku lahirkan anak sulung n kedua..alhamdulillah, sakit x lama n terus bersalin.. tapi aku kesian dekat ibu-ibu yang bersalin ceaser.
Macam pertandingan pulak siapa yang boleh bersalin normal umpama juara dalam pertandingan beranak..siap ada yang compare “eh2, badan besar pun x mampu nk bersalin normal ek”astaghfirullah..korang yg pernah cakap macam ni dah beranak ke belum..kalo belum istighfar balik..belum tau nasib korang macam mna.
Yang dh ada anak tu jangan nak bangga diri sgt..kenapa perlu ada sikap macam tu..kesian kt ibu yang dh habis tenaga melahirkan bila jumpa orang yang dengan selumbernya cakap mck ni..TOLONG HORMAT JIWA WANITA SESAMA WANITA lagi2 lepas bersalin..sebab wanita jugak yang selalu cakap macam ni.
"Sibuk Bandingkan Anak Masing-Masing"
Dh selesai melahirkan bermula episod menyusukan anak..aku yakin semua ibu akan pasang impian nk susukan anak smpai genap 2 tahun..tapi ada yang kecundang di pertengahan jalan..macam aku dulu masa anak 1st..mungkin setakat itu rezeki and aku mengaku kurang sangat ilmu penyususan masa tu.
Tapi memang akan ada ibu2 yang pandang serong kalo kita bagi susu FM pada anak. Umpama dosa besar yang kita lakukan..”eh,kau x nak susakan anak kau ke..aku x pnh lagi sumbat susu lembu kt anak aku”.. ya allah..yg ni memang sumpah aku sedih..masa ni aku rasa aku lah ibu yg paling teruk.
Bila sembang2 dengan husband aku dia cakap bukan biarkan dia nk cakap apa..janji kita x seksa perut anak tahan lapar..ni pun aku nk tegaskan “IBU MANA YANG TAK NAK SUSUKAN ANAKNYA”..lagi2 kalo dlm pantang msti akan datang orang2 yang mempertikaikan kuantiti susu n anak lapaq x cukup kenyang dengan susu ibu..haihhh,geram aku..untuk anak aku yg kecik ni alhadulillah masih lg diberi rezeki oleh Allah untuk aku susukan dia..
Bila anak dh makin besar ada pulak makhluk Allah yang sibuk dok membandingkan anak dia atau si polan si polan dh boleh berjalan or berlari..sedih la hati si ibu ni kalo anak dia tertinggal di belakang.
"Nak Tunjuk Hebat Jaga Anak Dan Mengandung"
Nak2 pulak kalo ada mulut yang nak menakut nakutkan macam ni”eh anak kau ni dh 5 bulan x meniarap lagi ek..bahaya tu kena g jumpa doktor”..cubala la jangan ada hati macam tu..kalo tau x apa yang si ibu ni rasa..bertambah x senang duduk di buatnya..
Haa..yang ni aku x pasti korang pernah alami atau tak, tapi aku memang pernah alami..selalu orang dok bwt pertandingan berat badan anak..lagi2 kalo balik kampung sebelah husband.
Masing2 sibuk bertanya berat badan anak aku..kalo kurg umpama aku ni macam x bg mkn cukup kot..skampung ni bdn anak aku tgh chubby, dh diorg pulak yg pelik kenapa badan aku keding..sampai ada yang kata aku ni sakit..adoii laaa..
Benda-benda macam ni memang akan terjadi dalam diri dia tu nk tnjuk dialah hebat dan juara dalam menjaga anak n mengandung..pesanan ringkas dari aku “ONLY MOM KNOW THE BEST FOR HER CHILD”
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon