Acik J aku ni baik orangnya, anak beranak dia sepupu2 kitaorang baik2 sahaja dengan kami.. Cuma satu je yang spoil, sikap suka berhutang diaorang. Mak aku cerita, dari kita orang kecil lagi dah berapa ribu duit dia pinjam dengan abah tapi masih belum dipulangkan sampai sekarang.
'Dapat EPF Tapi Renovate Rumah'
Belum habis hutang lama, dah mula buka hutang baru.. Di sebabkan sikap berhutang tak bayar ni, bapak aku kurang gemar dengan keluarga acik Jay aku ni.Teringat dulu, sepupu aku pinjam duit abah sebab nak buat duit tambah buat deposit kereta, sampai sekarang tak berbayar2 lagi.
Lepas tu anak lelaki dia nak kahwin, pinjam duit mak RM 3000, nak cagarkan gelang kat mak sebagai deposit, tapi mak kata tak perlu lah sesama adik beradik, cuma nanti dah pinjam pandai-pandailah pulangkan. Bila sampai turn mak nak buat majlis, mak tuntut balik hutang mak tapi hanya 50% yang di pulangkan, selebihnya krik krik je sampai sekarang..
Yang aku peliknya, bila laki bini dapat epf, biasanya kan orang akan allocate certain part untuk bayar hutang-hutang lama kan before guna untuk yang lain-lain. Tapi mak cik pak cik aku ni, terus je buat renovation dan majlis kahwin anak besar-besaran. Hutang lama saudara mara buat2 lupa ja.
Pelik gak aku diaorang tak rasa pape ke jumpa mak bapak aku dengan keadaan berhutang banyak cam tu. Lebih teruk lagi, diaorang bukan setakat berhutang dengan mak bapak aku je, tapi dengan mak cik dan pak cik yang lain.
Sampai satu tahap, rumah diaorang nak kene lelong sebab pak cik aku tak bayar habis rumah. Bila dengar jumlah, aku percaya dengan duit epf yang dia dapat tu, dah lama benda tu boleh settle sampai tak perlu nak pinjam-pinjam lagi.
'Orang Lain Pun Ada Komitmen Lain'
Dah sampai macam tu, mestilah diaorang cari adik beradik kan nak pinjam duit lagi, tapi adik beradik mak aku semua pakat-pakat tak nak pinjamkan lagi dah, pandai-pandai cari sendiri anak2 dah besar takkan tak ada simpanan sendiri nak tolong mak ayah depa kan.
Mengadu la apa pun mak cik aku anak beranak dekat mak aku, tapi mak aku tetap kentalkan hati tak nak bagi pinjam duit. Mak aku pun bukan orang senang, walaupun dia nampak kami macam senang. Dia ingat kami mampu ke sana sini, dia tak tahu duit kami tak cukup bulan2 nak tanggung rawatan sakit abah lagi, makan pakai hari2..mak abah bukan bekerja pun, sekadar harapkan hasil kebun yang tak menentu tiap2 bulan.
Baru-baru ni, mak cik aku mengadu pula anak dia tak cukup duit beli van lama. Tak banyak pun seribu je yang kena top up.. Tapi yang itu pun masih tak cukup dan nak pinjam dekat mak cik aku yang lain.
Acik jay dan anak dia mengadu yang mak cik aku ni buat tak tahu je lepas diaorang whatsapp soal nak pinjam duit tu, tak berkata ye, atau tidak. Logik Acik Jay, dia tahu mak cik aku ni orang ada-ada, setakat RM 1000 takkan lah tak boleh nak bagi pinjam. Oh ye, acik Jay ni mengasuh anak mak cik aku.
'Bukanlah Miskin Sangat Pun'
Acik jay aku cakap, kalau orang dah berat nak tolong dia, akan datang dia pun akan beratlah nak tolong orang. Acik jay ni tak sedar kot, bukan jumlah yang jadi masalah tapi sikap suka berhutang tak bayar tu yang buat orang berat hati nak tolong acik Jay lagi..Mak aku pulak kesal dengan sikap Acik Jay yang lebih galakkan anak dia berhutang dari cuba selesaikan dengan cara lain.
Ini cuma sedikit kisah pinjam meminjam Acik Jay sekeluarga yang aku tahu, tapi according tu mak , sejak dari Acik Jay dah suaminya muda lagi diaorang dah amalkan sikap meminjam tak bayar ni.
Satu yang aku harap acik Jay mak, tak adil untuk acik Jay condemn adik beradik sebab tak nak tolong dia, sedangkan Acik Jay sendiri tak bertanggungjawab dengan hutang yang acik Jay dan suami dah pinjamkan. Dah bertahun-tahun, hutang tu Acik Jay buat-buat tak tahu, buat2 lupa.
Lepas tu Acik Jay boleh lagi buat cerita sedih (yang biasanya betullah, tak tipu) sebab nak pinjam duit bayar hutang lain. buat hutang untuk bayar hutang. Pelik gak aku kadang-kadang, Acik Jay bukan nye orang susah sampai jatuh tahap miskin.
'Cubalah Bayar Hutang'
Acik jay masih duduk rumah yang selesa, ada astro, pendapatan tiap2 bulan, tapi aku pelik kenapa rezeki Acik Jay tak pernah cukup. Adakah ini balasan tuhan di atas kesilapan Acik Jay dan suami yang tak komited nak selesaikan hutang-hutang lama? Wallahua’alam..
Aku tengok dunia akhir zaman ni, yang bagi pinjam lebih serba salah dan segan dari yang meminjam. Dok pikir ayat baik punya tak nak bagi orang kecik hati time kutip hutang..ish payah2.. Aku harap, siapa2 pun yang berhutang kat sana, bayarlah walaupun sikit.
Lagi2 peminjam PTPTN tu..kita tak tahu, mungkin benda-benda ni macam ni yang dok sekat rezeki kita..Mana tahu kan..So bayarlah, sikit tapi istiqomah..Aku doakan semua yang berhutang, dipermudahkan urusan untuk menyelesaikannya.. Aminnn..
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon