'Dulu Bila Terlanjur Tak Nak Bertanggungjawab, Sekarang Baru Terhegeh-Hegeh Tuntut Anak"


Saya seorang wanita awal usia 30-an. Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 2 tahun 5 bulan yang tidak sah tarafnya (anak luar nikah) hasil hubungan cinta bersama teman lelaki. Saya juga tidak terlepas drpd melakukan dosa besar & sedang baiki diri ke jalan Allah serta mengharap agar taubat saya di terima. 

Di pendekkan cerita ketika saya sedar diri saya hamil, saya segera meminta teman lelaki menikahi saya sebelum perut membesar. Dia tidak mahu bertanggungjawab. Lelaki dayus memang begitu. Malah keluarganya juga tidak mahu anak lelaki mereka bertanggungjawab ke atas saya. Katanya, malu jika mempunyai cucu luar nikah.

"Tidak Berhenti-Henti Bertaubat"

Saya pulang kpd keluarga namun ayah pula diserang sakit jantung akibat perbuatan saya. Saya disisihkan keluarga. Tamat sahaja pengajian master, usia kandungan mencecah 6 minggu. Demi untuk menjaga air muka ayah dan keluarga, saya berhijrah ke United States atas tuntutan kerja. 

Sepanjang berada di sini, tidak henti2 saya bertaubat pada Allah & setiap doa saya minta agar bayi yg dilahirkan ini mewaris rupa saya & tidak sama sekali mewarisi rupa bapanya. Alhamdulillah Allah maha mendengar. Anak saling tak tumpah dengan wajah saya.

Ketika anak berusia 2 hari, saya di maklumkan oleh abang bahawa teman lelaki saya menghidap positif HIV Aids. Saya antara manusia yg terkesan dgn berita itu. Saya & anak menjalini saringan HIV dan kami bebas penyakit tersebut. Apabila anak berusia 1 tahun, saya membawa anak pulang ke Malaysia utk jumpa ayah dan keluarga. 

"Bekas Teman Lelaki Hidap HIV Positif"

Alhamdulillah ayah sangat sayangkan cucu sulung nya itu walaupun tidak sah taraf. Saya tipu jiran2 & saudara mara bahawa saya telah berkahwin dgn lelaki warganegara US, insyaallah anak seterusnya mungkin bermata biru. Hal ini demi menjaga aib ayah & keluarga.

Seminggu kepulangan saya ke malaysia di sambut dengan perebutan hak penjagaan anak saya oleh keluarga bekas teman lelaki. Mereka menuntut hak penjagaan anak saya. Katanya itu cucu mereka dan mereka lebih berhak ke ats ank saya. 

Keluarga bekas teman lelaki tidak akan pernah mempunyai zuriat penyambung keturunan kerana satu2 nya anak mereka HIV positif & tidak mampu memberi keturunan kepada keluarganya. Seks bebas dijadikan hobi yg akhirnya memakan diri sendiri.

"Risau Anak Diejek Dan Tidak Diterima Masyarakat"

Akibat daripada perebutan yg maha dasyat, sy pulang ke US & tidak merancang utk jadikan anak sbg warganegara malaysia. Saya risau anak di ejek, saya risau masyarakat tidak menerima anak saya. 

Saya juga risau keluarga bekas teman lelaki akan ambil anak dari saya. Sejak dari itu saya tidak lagi pulang ke malaysia. Ayah sering sakit2 demam2 rindukan cucu. Persoalan saya, adakah keluarga bekas teman lelaki berhak ke atas anak saya? 

Adakah mereka boleh membawa kes ke mahkamah dan menang dalam segala tuntutan? Apakah cara terbaik untuk menghindar drpd keluarga bekas teman lelaki? 



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon