JADUAL HARIAN MUKMIN DI BULAN RAMADHAN

4.30 PAGI
๐Ÿ“Œ Bangun tidur dan baca doa.
๐Ÿ“Œ Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini.
๐Ÿ“Œ Mandi dan membersihkan diri.
๐Ÿ“Œ Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.



4.45 PAGI
๐Ÿ“Œ Solat sunat Taubat 2 rakaat.
-Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa lalu.
๐Ÿ“Œ Solat sunat Tahajjud 2/4โ€ฆ rakaat.
-Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
๐Ÿ“Œ Solat sunat Hajat 2 rakaat.
-Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat โ€˜DUNIAWI & UKHRAWI.
๐Ÿ“Œ Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat.
๐Ÿ“Œ Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.
๐Ÿ“Œ Baca dan tadabburlah al- Quran.
๐Ÿ“Œ Berzikir.

5.15 PAGI
๐Ÿ“Œ Makan sahur
๐Ÿ“Œ Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut.

5.30 PAGI
๐Ÿ“Œ Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir.
๐Ÿ“Œ Solat sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca maโ€™thurat.
๐Ÿ“Œ Baca dan tadabburlah al-Quran.

10.00 PAGI
๐Ÿ“Œ Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat.
๐Ÿ“Œ Bersedekah harta/tenaga.
๐Ÿ“Œ Baca dan tadabburlah al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.

1.00 tengahari
๐Ÿ“Œ Bersiap untuk solat Zohor.
๐Ÿ“Œ Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat/berzikir
๐Ÿ“Œ Solat Zohor berjemaah.
๐Ÿ“Œ Laksanakan juga solat sunat Rawatib.
๐Ÿ“Œ Baca dan tadabburlah al-Quran.

4.20 PETANG
๐Ÿ“Œ Bersedia untuk solat Asar.
๐Ÿ“Œ Laksanakan solat sunat Qabliyah.
๐Ÿ“Œ Solat Asar berjemaah.
๐Ÿ“Œ Berwirid atau membaca maโ€™thurat.
๐Ÿ“Œ Baca dan tadabburlah al-Quran.

6.00 PETANG
๐Ÿ“Œ Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros.
๐Ÿ“Œ Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

7.00 PETANG
๐Ÿ“Œ Siap sedia anak isteri untuk berbuka puasa.
๐Ÿ“Œ Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa.
๐Ÿ“Œ Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Solat maghrib berjemaah.

8.15 MALAM
๐Ÿ“Œ Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
๐Ÿ“Œ Bacalah Al-Quran dengan penuh tadabburุชุฏุจุฑ , seeloknya baca dengan bertadaarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan Al-Quran.

10.30 MALAM
๐Ÿ“Œ Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
๐Ÿ“Œ โ€œBerniatlah untuk puasa esok hari .
๐Ÿ“Œ Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
๐Ÿ“Œ Bacalah doa tidur.
๐Ÿ“Œ Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA TAHUN LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN YANG LALU.

Semoga kita mendapat apa yang dijanjikan oleh ALlah sekiranya berpuasa dengan sempurna iaitu KEAMPUNAN DOSA dan BEBAS DARI NERAKA.๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

via Bin Usrah SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K

Related Posts


EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng
:lv