Majlis perkahwinan dipenuhi dengan pelbagai aksi dan ragam baik dari keluarga pengantin lelaki mahupun keluarga pengantin perempuan.
Acara memotong kek juga merupakan acara yang dinantikan oleh pengantin serta kedua belah pihak keluarga. Namun bagaimana pula jika kek yang ditempah jatuh di atas jalan raya sebelum acara bermula?
Baru-baru ini viral di media sosial video seorang pemuda yang menjadi pengapit pengantin sedang membawa kek kahwin. Malangnya kek tersebut jatuh ke atas jalan raya dan gagal menyelamatkan kek kahwin sahabatnya itu.
Reaksi pemuda itu sangat menarik perhatian netizen hingga ada yang menjadikan ianya sebagai jenaka dan disunting sebagai meme. Video tersebut dimuat naik oleh Aiman Ariff menjadi viral di media sosial terutama di Twitter.
Bila kau akan jadi orang paling di benci dekat majlis akad nikah... http://pic.twitter.com/DJSQWg9uco— Aiman Ariff (@aimanariffAAK) April 30, 2017
Rata-rata netizen menganggap kejadian tersebut melucukan namun ada yang mendakwa video tersebut telah dirancang terlebih dahulu. Ada juga yang meyelar individu yang merakam video tersebut kerana tidak membantu.
Walau apa pun, tertanya juga apa kesudahan kejadian tersebut dan apa reaksi pengantin melihat kek kahwin yang sudah bertukar rupa itu.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon