Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang lelaki berkongsi kisah menolong seorang wanita mengandung yang dirompak oleh dua lelaki yang juga pemandu Uber ketika wanita tersebut menggunakan perkhidmatan tersebut.
Wanita dan mangsa rompakan berkenaan, Wong Mei Yan sedang hamil kira-kira sebulan ketika dirompak menggunakan senjata pisau dan kehilangan barangan yang bernilai kira-kira RM16,000.
Risau akan keselamatan diri dan keluarganya, wanita itu membuat laporan polis dan pihak polis berjaya menahan perompak tersebut di R&R Pagoh pada 24 Mei yang lalu manakala rakan subahatnya masih lagi bebas.
Wanita malang itu mengalami trauma yang teruk dan ketika di hospital untuk memeriksa kesihatan anaknya yang masih dalam kandungan tesebut. Namun pada awal Sabtu pagi seminggu selepas kejadian tersebut, wanita itu tidak sihat dan telah dihantar ke Hospital Serdan untuk pemerikasaan lanjut. Malangnya doktor mengesahkan wanita itu keguguran akibat pendarahan dalam.
Memetik laporan The Sun, wanita itu dan suaminya membuat sidang media bahawa pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Uber. Tambah wanita tersebut:
'Saya tidak boleh tidur lena selama 3 hari selepas kejadian tersebut. Ianya menjadi satu beban kepadanya tambahan lagi rakan subahat perompak tersebut masih lagi bebas.
Wanita itu menjelaskan Uber tidak membuat sebarang maklum balas yang baik dan hanya di hubungi dua kali sahaja oleh seorang wakil khidmat pelanggan dari 'Jerred". Kali kedua Jerred telefon dan wanita tersentak dengan cara lelaki itu dan berkata 'Apa you mau" yang dianggap biadap.
Uber terkenal dengan keselamatan penumpang dan proses pemilihan pemandu yang ketat. Namun sejak kebelakangan ini banyak kes melibatkan pemandu uber walaupun tidak melaporkan kejadian tersebut. - www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon