Tatkala ramai artis membuat pengumuman bakal menimang cahaya mata, berlainan pula dengan penyanyi pelakon popular Izzue Islam.
Izzue Islam kini sudah 4 tahun melayari bahtera perkahwinan. Namun Izzue dan isterinya Awin mash belum dikurniakan rezeki menimang cahayamata.
Melalui laman media sosial Instagram miliknya, Izzue Islam telah meluahkan rasa hatinya dengan meminta maaf kepada isteri kerana masih beraya berdua pada tahun ini.
Ini statusnya:
"Ya Allah, jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat & saling menyempurnakan dalam peribadatan. Jadikanlah kami pasangan yang akan bertemu di akhirat kelak.
"Pasanganku mengajarkanku tentang akhlak dan keikhlasan. Pasanganku membantuku agar saling menjaga diri ketika berjauhan. Ya Allah, jadikanlah kami pasangan yang saling melengkapi dan saling menyempurnakan.
"Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami. Agar kami senantiasa bahagia dalam menjalani bahtera kehidupan ini. Ya Allah, Andai semua itu tak layak bagi kami, maka cukupkanlah permohonan kami dengan redhoMu. Aminn.
"Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke-4 @awinnurin. Maaf sebab tahun ni kita masih menyambutnya berdua. Belum rezeki kita untuk mendapat cahaya mata. Adapun begitu, pasti ada hikmah disebalik kejadian. Pinta doa dari semua kepada kami supaya ulangtahun ke-5 dapat menyambutnya bertiga. Aminn Ya Allah.
Terima Kasih Semua.
Status yang dimuat naik Izzue menyentuh hati peminat yang mendoakan pasangan tersebut dikurniakan zuriat secapat mungkin.
Dalam pada itu, Izzue Islam mengatakan dia ada merancang untuk berjumpa doktor pakar untuk mengetahui masalah mereka.
Ini komennya:
"Ya, siapa yang tidak mahu rezeki cahaya mata tapi saya percaya dengan perancangan Allah. Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni.
"Insya-Allah, suatu hari nanti. Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami,"
Walaupun tanpa anak, Izzue Islam mengatakan dia masih gembira bersama isterinya. Perkahwinan mereka berdua amat bahagia.
Walaupun Izzue mengambil keputusan mendadak untuk berkahwin pada usia dan populariti yang sedang meningkat, ahli kumpulan Forteen ini yakin ia bukan satu kesilapan.
Kahwin awal ketika sedang kemuncak langsung tidak menjejaskan perjalanan kariernya di dalam industri seni.
Ini penjelasannya:
"Saya bahagia menjalani kehidupan sebagai suami-isteri. Empat tahun berlalu bagaikan baharu sahaja kami disatukan.
"Keputusan saya untuk berkahwin awal juga tidak langsung menjejaskan kerjaya seni saya, malah diberi rezeki yang lebih banyak,"
"Sedangkan lidah kagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh-gaduh manja itu biasa sebab lepas gaduh kita pujuk memujuk.
"Bagi kami saling faham dan percaya antara satu sama lain adalah perkara utama dalam rumah tangga,"
Diharapkan Izzue Islam dan isteri sentiasa bahagia selalu. InsyaAllah kalau ada rezeki tak ke mana.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon