Cari sampai dapat


KLANG, SELANGOR - Suspek utama kes rogol dan samun dilaporkan telah melarikan diri melalui tandas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, jam 3 petang semalam, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Yusoff Mamat berkata, suspek berusia 27 tahun itu bertindak melarikan diri melalui tandas Jabatan Siasatan Jenayah selepas berpura-pura mahu membuang air. 

"Suspek mengikat seluarnya pada jeriji besi dan menariknya bagi membuka ruang untuk dia melarikan diri," katanya. 

Menurut Yusoff, suspek yang merupakan warganegara Indonesia bersama dua lagi rakan senegaranya yang datang secara haram ke Malaysia telah ditahan pada 13 Jun lalu. 

Ketiga-tiga suspek mengaku menyamun dan suspek utama mengaku merogol seorang wanita berusia 34 tahun ketika suami wanita itu sedang tidur di ruang tamu bersama anak mereka berusia 4 tahun. 

Suspek utama itu dikatakan memakai bebola besi pada alat sulitnya untuk mendapatkan kepuasan seks.

Polis kini sedang memburu suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek, menghubungi pihak polis.

Laporan berkaitan:
Wanita dirogol perompak ketika suaminya tidur di ruang tamu


Sumber : GengViral

Sumber :


EmoticonEmoticon