SIBU, SARAWAK - Bekas pengacara program Sukan Tak Sentral TV3 didakwa di Mahkamah Majistret hari ini kerana mengeluarkan kenyataan menghina mendiang bapa kepada bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek, lapor The Star.
Azizul Ammar, 30, dan penerbit program tersebut, Abdul Ghani Mohd Mokhtar, 41, didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Azizul pada April lalu telah menyebut perkataan 'Nyambek', nama akhir Watson secara mengejek (bunyi kambing) dalam program komedi tersebut.
Majistret Saiful Sayoti membebaskan kedua-duanya dengan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin. Azizul dan Abdul Ghani juga diarahkan hadir di mahkamah pada 4 Julai depan untuk pra-perbicaraan.
24 April lalu, Watson berkata meskipun Azizul telah meminta maaf di depannya, namun adalah sukar untuk dia menerima permohonan maaf itu kerana mereka menghina dan menyamakan bapanya dengan seekor haiwan.
SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K
EmoticonEmoticon