Larangan Allah swt. Pada Manusia Berpendidikan Tinggi


iluminasi pemikiran radikal4


"Sis, kenapa golongan wanita yang bersikap radikal selalunya golongan wanita berpendidikan tinggi?" tanya Ana.
Fida berpaling pada Ana, "mesti awak kata begitu kerana perasan kebanyakan wanita yang mempersoalkan tentang Islam itu, adalah mereka yang belajar tinggi. Awak rasa kenapa?"
"Kenapa?" soal Ana.
"Untuk mempersoalkan semua itu memerlukan minda yang rajin dan suka berfikir," jawab Fida.
"Tapi mengapa mereka selalu menidakkan sesuatu yang benar?" balas Ana. "Dengan kepandaian yang diberikan, sepatutnya ilmu diguna untuk lebih memahami kenapa sesuatu itu dibenar atau tidak dibenarkan dalam Islam, kan?"
"Awak bagi saya satu contoh kesalahan dalam Islam yang selalu orang kita buat. Maksiat ke jenayah ke, tak kisah lah," tanya Fida.
"Maksiat....zina, bersekedudukan, contohnya," kata Ana.
"Baik, zina, bersekedudukan. Awak cuba beritahu saya apa keburukan zina pada saya, jika saya membenarkan diri saya berzina dan bersekedudukan?" soal Fida balik sambil tersenyum.
"Awak mungkin mengandung," kata Ana.
"Saya tahu apa yang saya patut buat untuk pastikan saya tak akan mengandung, mungkin si lelaki saya akan pastikan pakai perlindungan. Saya cukup celik untuk ambil semua langkah itu," jawab Fida.
"Tapi tak terjamin kan?" soal balas Ana.
"Benar, tetapi peratusannya lebih baik berbanding mereka yang tak didedahkan dengan cara-cara yang betul untuk menjalankan seks yang selamat," kata Fida.
"Ak ah. Mungkin awak akan ditinggalkan si lelaki selepas menyerahkan tubuh awak pada dia?" soal Ana membuatkan Fida terpegun sebentar.
Fida senyum sahaja lalu berkata, "saya tak kisah. Saya memang nak seks sahaja. Saya bukan mahu seorang teman lelaki dan saya tak takut dikecewakan walaupun saya dah menyerahkan tubuh saya pada dia."
"Awak mungkin dijangkiti penyakit STD?" kata Ana cuba memerangkap Fida.
"Saya tahu apa yang saya patut lakukan sebagai pencegahan yang perlu untuk elak STD, saya seorang yang terpelajar la Ana," jawab Fida.
Ana mengangguk. "Keburukannya, mesti awak akan rasa malu?"
"Hahaha. Kalau saya dah tahu saya mahu, kenapa saya perlu malu? Saya nak. Saya tahu apa saya mahukan, tak ada sebab mengapa saya perlu rasa malu," balas Fida.
Ana mengangguk sahaja.

"Mari saya cuba beritahu awak apa pula faedahnya berzina pada saya jika saya memang hendak mengamalkan zina dan bersekedudukan ni, ok?" tanya Fida.
"Baik." Angguk Ana.
"Dalam kepala saya, saya tahu apa yang saya buat, dapat berikan saya kepuasan sebenar," terang Fida membuatkan Ana tersengih mendengarnya.
"Saya tak perlu nak takut-takut rasa seksa pada nafsu saya. Saya pula dapat membantu lelaki lain melampiaskan nafsu dia, daripada dia cari pelacur. Saya gembira, dia gembira," kata Fida.
Ana tak sangka Fida mampu melontarkan pandangan sedemikian yang sangat berbeza dengan perwatakannya, walaupun hanya dalam situasi olok-olok.
"Itu aje?" tanya Ana.
Fida menggelengkan kepala.
"Yang penting, saya dapat apa yang saya nak, sis. Kalau saya nak seks, saya dapat seks tak kiralah dengan siapa yang saya buat. Apa keburukannya di situ pada saya? Saya penuhi apa yang saya perlukan kan? Saya dapat rasa belaian lelaki, saya dapat penuhi keinginan saya dan kalau dia dengan saya duduk serumah atau sebilik, kami juga boleh berkongsi bayar sewa, hihihi," gelak Fida membuatkan Ana turut sama ketawa.
"Ada benarnya. Tapi itu tak menjadikan apa yang awak buat itu betul?" soal Ana.
"Benar, tetapi logiknya betul kan? Jika tidak ada larangan berzina dan bersekedudukan untuk orang Islam, hidup kita lebih mudah dalam banyak perkara, kan? Semua itu seiring dengan logik kemahuan manusia," tanya Fida.
"Memang benar, tetapi itu tak menjadikan zina itu halal," kata Ana.
"Betul. Sebab itulah bahayanya mereka yakni wanita-wanita yang berpendidikan dan berfikiran radikal ini," kata Fida.
"Kenapa?" soal Ana.
"Kerana kepandaian mereka itu, apabila didorong oleh sentimen radikal, mampu membuatkan mereka mengeluarkan hujah-hujah yang kelihatan baik dari pandangan manusia," kata Fida. "Semua jawapan yang saya berikan pada awak, semuanya logik dan memberikan kebaikan kepada saya."
"Tetapi Islam melarang umatnya berzina, itu kan sudah jelas?" kata Ana.
"Betul. Sebab itu ada kalanya kita usah lah terlalu kagum dengan orang yang pandai berhujah ni, kerana mereka terlalu pandai berfikir sehingga meletakkan logik pandangan mereka dalam semua perkara," kata Fida.
"Islam itu kan agama logik?" soal Ana.
"Di mana logiknya larangan berzina dan bersekedudukan untuk orang Islam? Jika diamalkan dengan betul, kedua-duanya membawa manfaat kepada pelakunya?" terang Fida.
"Benar," angguk Ana.
iluminasi pemikiran radikal5
Fida menyambung hujahnya, "Allah itu kan maha adil dan maha mengetahui. Pada mereka yang terdidik, yang pandai berhujah dan berpandangan radikal, mereka akan cari jalan menghalalkan sesuatu yang haram. Takpun, membenarkan sesuatu yang pada dasarnya tidak patut dilakukan."
"Kemudian?" soal Ana.
"Mereka akan mampu membuatkan orang terpesona dengan logik akal mereka kerana hujah mereka nampak ada kebenarannya. Tetapi mereka lupa Allah itu Maha Adil," kata Fida.
Ana menggelengkan kepala, "saya tak faham la."
"Adilnya Allah itu, Dia mengeluarkan perintah menyuruh kita mengelakkan zina, kerana Dia tahu mengelak zina itu lebih baik tetapi pada fikiran manusia yang dangkal, mereka akan mampu melihat baiknya seks luar nikah kerana minda mereka akan sentiasa mencari hujah untuk membolehkan sesuatu yang dia mahu," terang Fida.
Ana mengangguk faham.
"Hanya Allah faham mengapa zina itu haram pada umat Islam walaupun dapat dibuktikan dengan pengetahuan dan teknologi, yang seks luar nikah suka sama suka boleh berlaku dalam keadaan selamat serta memberikan kesan positif pada pelakunya," kata Fida.
"Allah swt. pasti ada sebab kenapa manusia wajib elak berzina walaupun hidup kita terseksa kerana tidak dapat berzina, begitu? Itukah maksud Allah itu Maha Adil yang awak cuba sampaikan?" tanya Ana.
"Betul. Manusia boleh cari jalan untuk benarkan maksiat atau kesalahan guna logik akal kita, tapi Allah saja yang faham kenapa ada perkara Dia larang," kata Fida membalas pertanyaan Ana.
"Kerana manusia ini logiknya terbatas di kalangan akal mereka saja?" tanya Ana.
Fida mengangguk. "Itulah bahayanya berilmu tinggi tanpa kawalan. Minda kita rajin berfikir, sehingga lupa ada sempadan yang jangan dilangkah dalam memikirkan perihal logik Allah."
"Akhirnya ada yang meletakkan logik fikiran manusia setaraf dengan logik Dia, kan?" kata Ana.
"Betul. Itulah yang kerap berlaku sekarang, kan? Ramai umat Islam sendiri mengambil logik akal manusia untuk menidakkan larangan ke atas mereka," jawab Fida.
Ana mengangguk bersetuju.
"Allah swt takkan melarang kita buat sesuatu yang Dia tahu tidak baik pada kita, walaupun pada kita, kita mampu nampak faedah-faedahnya," terang Fida.
Sumber : http://iluminasi.com


via Bin Usrah

Sumber : GengViral

Sumber :


EmoticonEmoticon