Padan Muka! Lelaki Maut Terjatuh Kondo Tingkat Enam Selepas Ganggu Wanita Secara Seksual


Hanya dua patah perkataan mampu digambarkan. Padan muka! Pagi hari Rabu, seorang lelaki yang berbogel melarikan diri selepas membuat gangguan seksual terhadap seorang guru tadika. Namun, malang buat dirinya apabila lelaki tersebut jatuh dari kondominium yang terletak di Larkin, Johor. 

Mengikut laporan media, kejadian yang berlaku pada 8.30 pagi itu suspek yang berusia dalam lingkungan 20an dan kelihatan seperti tidak waras apabila melakukan kegiatan terkutuk itu. Menerusi siasatan, suspek memasuki lif di tingkat tiga dan mula menganggu mangsa wanita yang sudah berada di dalam lif berkenaan. 

Wanita berusia 32 tahun itu yang merupakan penghuni di kondo berkenaan cuba untuk melarikan diri tetapi suspek berjaya menarik mangsa ke dalam lif semula. Lelaki miang itu cuba mencium mangsa secara paksa dan wanita itu dipukul dalam lif. 


Mangsa tersebut tidak mahu mengalah dan cuba melawan lelaki tersebut yang menyebabkan wanita tersebut mengalami sedikit kecederaan. Pakaian wanita itu juga terkoyak akibat pertelingkahan itu. Apabila lif berkenaan berhenti di tingkat enam, mangsa yang sedang trauma berjaya melarikan diri dari lif. 

Melihat keadaan mangsa yang berjaya melarikan diri, lelaki tersebut panik dan lari ke arah yang bertentangan dari wanita tersebut. Namun, dia dijumpai terbaring tidak bernyawa di atas jalan selepas jatuh dari balkoni. Suspek disahkan mati ditempat kejadian. 

Pengawal keselamatan dengan pantar memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Siasatan sedang dijalankan untuk mencari bagaimana suspek boleh terjatuh dari balkoni koridor kondominum tersebut. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon