Pengorbanan ibu bapa tiada tandingan. Terutama ketika anak-anak ke universiti untuk melanjutkan pelajaran. Ada yang sehingga bergadai tanah untuk memastikan anaknya mendapatkan pelajaran yang sempurna dan diharap dapat membalas jasa di kemudian hari.
Tapi hari ini, anak-anak muda minta apa saja pasti akan diberi. Masuk universiti pun ada segelintirnya sudah mempunyai kereta. Ada ibu bapa yang tak sanggup melihat anaknya kelaparan di universiti biarlah gas di dapur sudah habis. Anak-anak kadang kala tidak tahu apa yang dilakukan oleh ibu bapa untuk memenuhi permintaan anak-anak mereka.
Perkongsian dari Norlisah Samsuri ini sepatutnya dijadikan iktibar buat anak-anak muda yang sedang belajar di universiti awam mahupun swasta.
#Kisah semalam
Pendaftaran students second intake. Masa nak balik, sy nampak waris ni memberi pesanan terakhir untuk si anak, kemudian memeluk si anak dan tergesa-gesa berjalan ke luar Kolej.
Kebetulan mmg sy nak balik, jadi sy tumpangkan Pakcik tu. Rupa-rupanya dia nak balik ke Klang bersama isteri yg keletihan menunggu di pondok jaga dengan bas. Bekerja sbg buruh binaan, menghantar anak jauh ke utara mmg pengorbanan.
Dulu thn 80an, arwah abah hantar sy belajar di Taiping dan uum menaiki motosikal sahaja. Memang meletihkan tapi masa tu tak rasa janggal sebab kebanyakan org lain pun macam tu.
Sekarang zaman teknologi, bila waris hantar anak belajar naik teksi atau bas, menggunung rasa simpati. Moga si anak belajar rajin2 dan dapat mengubah nasib keluarga.
#sukadukakehidupan
#hidupperlupengorbanan
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon