Ini Komen Erra Fazira Apabila Laudya Cynthia Bella Bakal Nikahi Bekas Suaminya, Engku Emran
Tidak lama lagi, Engku Emran bakal bernikah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella.
Semalam telah diadakan majlis doa selamat di kediaman Laudya Cynthia Bella menandakan majlis perniakhan pasanagn ini semakin dekat.
Lihat foto majlis doa selamat itu ( DI SINI )
Untuk yang tidak tahu, Engku Emran merupakan bekas suami kepada pelakon popular Erra Fazira dan mempunyai seorang anak dalam perkahwinan mereka bernama Aleesya.
Apabila Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella akan bernikah, ramai yang tahu apa pandangan dari Erra Fazira.
Ternyata pelakon ini meluahkan rasa gembira dengan berita pernikahan mereka sekaligus anak mereka, Aleesya akan mempunyai ibu baru.
Ini komen Erra Fazira:
“Seikhlasnya saya sangat gembira buat pasangan ini. Saya bersyukur dan lapang dada apabila pertama kali Emran memperkenalkan bakal isterinya. Saya lihat Bella seorang yang sangat mudah didekati dan lemah lembut”
“Saya paling senang dan bersyukur kerana Aleesya turut gembira dan bahagia dengan kehadiran Bella. Semoga penyatuan ini dilimpahi dengan kasih sayang dan keberkatan Allah. Saya doakan mereka bahagia bersama hingga ke jannah. Amin,”
Memang baus komen dari Erra Fazira ini, amat matang.
Sumber: Harian Metro
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon