Dedah Gaji RM50 Ribu Sebulan, Nabil Dikecam..Dituduh Riak!!

Dedah Gaji RM50 Ribu Sebulan, Nabil Dikecam..Dituduh Riak!!



Beberapa hari yang lalu telah tersebar satu video bual bicara bersama pelawak popular Nabil Ahmad.

Menerusi video itu, Nabil menyatakan satu kejadian yang mengubah kehidupannya dari gaji RM600 sehingga mendapat RM50,000.

Nabil berkongsi pengalamannya bersedekah kepada seorang fakir miskin yang mana pada ketika itu dirinya sendiri hanya mempunyai RM2.

Beberapa bulan selepas kejadian itu, hidupnya  mula berubah setelah menyertai program Raja Lawak yang membolehkannya memperoleh gaji berlipat kali ganda.

Namun ada juga pihak yang mengecamnya mengatakan di riak berkongsi jumlah gajinya yang amat banyak itu.

Ini komen dari Nabil:

“Apa yang saya kongsi ini jujur dari hati. Orang tanya jadi saya jawab. Dalam masa sama, saya mahu didik orang ramai supaya sentiasa beringat. Bersedekah bukan ketika kita senang saja, tetapi bila-bila masa. Saya beri ilmu percuma pun orang kata saya riak. Sedangkan ada yang berkongsi pengalaman dengan bayaran, tiada sesiapa pula kritik”

“Kalau nak tahu video ini dirakam tiga tahun lalu, tetapi saya pelik kenapa baru sekarang ia dimuat naik ke YouTube. Bagaimanapun, saya okey saja kerana apa yang dikongsi itu perkara baik dan bermanfaat. Banyak yang ‘tweet’ di laman Twitter memuji perkongsian itu. Tidak dinafikan ada juga yang mengkrtitik kononnya saya sengaja bersikap riak”

“Sedangkan mereka juga menyatakan jumlah pendapatan yang jauh lebih banyak daripada saya. Jadi apa beza saya dengan mereka. Kita tidak pernah tahu siapa gerangan orang dibantu. Jadi tidak perlu berkira atau memilih. Kalau kita rasa orang susah berkenaan lebih memerlukan, tidak salah membantu,”

“Kita tidak pernah tahu siapa gerangan orang dibantu. Jadi tidak perlu berkira atau memilih. Kalau kita rasa orang susah berkenaan lebih memerlukan, tidak salah membantu.

“Saya selalu perhati apa mak buat. Sedangkan kalau ikutkan keluarga saya dulu juga susah. Namun mak tidak pernah berkira,” 

Itulah penerangan Nabil tentaang video bual bicara itu. Apapun jadikan ihktibar dan ambillah pengajaran yang baik dan positif sahaja.

Jadikan sedekah itu amalm seharian, semoga kehidupan diberkati selalu.


Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon