Pendedahan Mengejutkan: Emosi Tasha Shilla Tak Stabil, Terganggu Sejak Putus Cinta, Berhenti Berlakon 2 Tahun
Pelakon Tasha Shilla sudah lama tidak keliahtan di kaca televisyen atau layar perak.
Namanya sejak kebelakangan ini agak tenggelam dan langsung tiada khabar berita.
Tatkala nama pelakon lain seperti adik beradik Senrose, Ayda Jebat dan Siti Elizad semakin meningkat naik, nama Tasha Shilla seperti menghilang.
Rupa-rupanya ada kisah disebaliknya. Tasha Shila akui bahawa emosinya agak tidak stabil sejak putus cinta.
Ini membuatkannya mengambil keputusan untuk berhenti seketika dari bidang lakonan untuk berehat selama 2 tahun.
Ini pendedahan dari Tasha Shila:
Jujurnya ketika putus cinta emosi saya sangat terganggu. Sebab itu saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada lakonan untuk stabilkan emosi. Tawaran lakonan sentiasa ada cuma saya yang menolak kerana ketika itu belum bersedia untuk bekerja.
Saya tidak mahu menjadi orang yang tamak memperjud!kan kerjaya dan menyusahkan orang lain kerana sedar dalam tempoh itu memang tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya terhadap lakonan.
Kerja saya sebagai pelakon membawa karakter orang lain, tetapi emosi sendiri tidak stabil. Bagi saya ia satu keputusan yang tepat dan tidak pernah menyesal kerana yakin rezeki sentiasa ada.
Saya banyak belajar dengan apa yang berlaku dan kekal positif. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam bercinta. Soal hati saya tolak ke tepi dulu. Sebelum ini selama tujuh tahun saya bekerja tanpa henti. Selepas berehat selama dua tahun baru saya sedar dunia lakonan merupakan jiwa dan terapi yang membuatkan saya sentiasa gembira.
Apapun ramai peminat tak sabar melihat Tasha Shila kembali ke kaca TV.
Kepada Tasha Shilla, semoga berjaya dengan comeback!
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon