Selama ini mesti anda rasa bahawa bermain puzzle adalah aktiviti biasa-biasa sahaja, kan?
Dan ianya hanyalah aktiviti kanak-kanak yang hanya sekadar untuk mengisi masa lapang mereka.
Mungkin artikel yang disiarkan kali ini akan mengubah pandangan anda terhadap aktiviti bermain puzzle kerana saya akan berkongsi kelebihan yang dapat kita perolehi dari bermain puzzle jigsaw ini.
Permainan puzzle adalah satu permainan akal yang memerlukan kita mengecam corak dan berfikir dalam mencantumkan cebisan-cebisan puzzle itu dalam membentuk imej yang betul.
Ia melibatkan kemahiran matematikal dan kemahiran logikal yang merangkumi nombor, gambar, bentuk dan juga perkataan.
Selain itu, apa yang menjadikan permainan ini sangat istimewa?
-
Permainan dan Hiburan yang murah
Disaat kegawatan ekonomi dan kenaikan harga barangan ini, puzzle merupakan satu pilihan yang baik sebagai permainan dan hiburan.
Harganya yang jauh lebih murah berbanding permainan konvesional yang lain pastinya banyak memberi kelebihan kepada segenap lapisan masyarakat, terutamanya ibu bapa yang ingin memberi pendidikan sambil berhibur kepada anak-anak.
Ia mampu memberi hiburan dalam jangka masa yang panjang berbanding dengan ringgit yang dikeluarkan kerana ia mengambil masa untuk diselesaikan.
Selain itu, puzzle mudah didapati dimana-mana tempat di Malaysia, sama ada di pasaraya, kedai runcit ataupun paling mudah, ia boleh dipesan secara online.
-
Sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kebolehan
Anda boleh menggunakan kepingan jigsaw puzzle yang besar, untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah lembam.
Dipasaran, terdapat pelbagai jenis puzzle dihasilkan.
Ada yang mempunyai kepingan yang sedikit dan terdapat juga yang mengandungi sehingga beribu-ribu keping cebisan jika anda menginginkan cabaran.
Anda juga boleh mencuba puzzle yang menggunakan satu jenis warna sahaja untuk cabaran tahap maksimum dan membuatkan kita gila untuk menyelesaikannya.
Apa yang ingin ditekankan disini adalah, ada pelbagai jenis tahap kesukaran puzzle yang boleh dipilih.
Tidak kira apa kebolehan kita, umur, jumlah masa terluang yang ada, anda sentiasa boleh mendapatkan puzzle yang bersesuaian dengan diri anda.
-
Bagus untuk perkembangan Otak
Menyusun dan bermain puzzle adalah aktiviti yang bagus untuk memastikan minda kita tajam.
Ia mencabar ketangkasan, penaakulan spatial dan logik fikiran kita.
Malah apa yang lebih baik, aktiviti ini akan menjadikan otak kita bekerja dikedua-dua belah bahagian pada masa yang sama.
Bahagian kreatif otak kita bekerja untuk melihat produk akhir (puzzle yang siap), sementara bahagian logik pula bekerja untuk memadankan kepingan-kepingan puzzle dengan betul dan sempurna.
Jika anda mahukan anak anda membesar menjadi seorang yang kreatif, menyusun puzzle adalah antara langkah pertama kearah itu.
-
Menggalakkan interaksi
Sementara aktiviti menyusun puzzle memaksa otak kita bekerja, ia tidak bermakna kita tidak boleh bercakap dengan kawan atau dengan keluarga kita semasa sedang menyiapkannya.
Kadangkala, perbualan sesama ahli keluarga yang terbaik berlangsung semasa sedang menyiapkan puzzle bersama-sama.
Disekolah, saya menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti pelajar saya di dalam kelas supaya mereka saling berinteraksi dengan sihat dan memupuk nilai bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan.
-
Meningkatkan tahap fokus dan keadaan separa-sedar
Tiada yang lebih baik untuk melatih tahap fokus dan perhatian terhadap tugasan seperti aktiviti menyusun kepingan-kepingan puzzle yang betul.
Ia juga akan melatih kita bersabar kerana kadangkala ia akan membuat kita tersekat seketika sebelum dapat memadankan kepingan yang betul dan kita perlu berusaha keras sebelum menjumpai kepingan yang tepat.
Selain itu, permainan puzzle akan membantu memberi peluang kepada keadaan separa-sedar (subconcius mind) kita untuk berfikir perkara lain. Menyelesaikan puzzle membuatkan minda kita rileks dan berfikir perkara lain.
Apa yang boleh saya beri contoh adalah, apabila ada sesuatu masalah besar yang membuatkan saya buntu untuk menyelesaikannya, saya akan tenangkan minda dengan bermain puzzle.
Kenapa?
Sebab kadangkala saya mendapat cetusan idea dan penyelesaian terbaik sewaktu sedang menyusun puzzle.
-
Tidak memerlukan tenaga elektrik dan karya seni yang menarik
Anda tidak memerlukan elektrik untuk berpuzzle, tidak seperti video games dan televisyen. Ini bermakna anda boleh menyusun puzzle bila-bila masa dan dimana-mana sahaja, tidak kira hujan atau ribut, di rumah atau diluar. Ia memberikan kita pilihan dikala benda lain tidak boleh didapati.
Setelah kita berjaya menyelesaikan puzzle dan melekatkan ia, anda mempunya hiasan yang menarik untuk dinding rumah anda.
Gam, frame dan mounting board boleh dibeli pada harga yang murah dan senang didapati di kedai stationery.
-
Membantu pesakit Arthritis (gout)
Dalam bahasa melayu, penyakit arthritis (penyakit sendi) ini dikenali sebagai penyakit gout, yang pada kebiasaannya menyerang kawasan sendi seperti jari-jari.
Dengan bermain puzzle, secara tidak langsung ia akan memberi cara yang lembut dan seronok kepada pesakit untuk memberi senaman pada tangan mereka.
Menggerakkan kepingan, mengutipnya dan memusingkan arah orientasi kepingan puzzle supaya dapat dipadankan, kelihatan biasa bagi mereka yang normal.
Tetapi perkara ini adalah satu cabaran yang bermakna kepada pengidap penyakit tersebut.
Penutup:
Di dalam dunia yang dilambakkan dengan alat elektronik dan gadget sekarang ini, permainan jigsaw dianggap sesuatu yang ketinggalan zaman dan kian dilupakan.
Malah generasi muda sekarang muda ini ada yang tidak mengenali permainan ini.
Pada lain masa jika anda mencari permainan atau hiburan baru, jangan memandang sebelah kepada permainan puzzle.
Walaupun murah, ia memberi lebih banyak kelebihan dan manfaat berbanding perkara lain.
Lagi pun cabaran yang diberikan jauhhh lebih thrill berbanding permainan lain, kan?
Sumber : akuislam.com
via Bin Usrah
Sumber : GengViral
Sumber :
EmoticonEmoticon