"Aku Tinggi Diri Dalam Media Sosial, Tapi Langit Tak Selalu Cerah"


Aku graduan sebuah ipta terkemuka. Selepas bergraduan, setelah menganggur hampir 3 bulan. Aku telah mendapat satu kerja tetap di kampung halaman aku sendiri. Gaji tak lah segah mana. 

Tetapi disebabkan aku sejenis tak suka duduk bandar, tak suka nak jauh dari keluarga, aku okay. Walau gaji kecil pun, tapi aku bahagia. Tapi biasalah mulut2 orang sekeliling, memandangkan kerjaku dikategorikan biasa2 je. Tapi aku peduli apa. Lantak korang lah nak kata apa. Janji aku bahagia :D

Setelah 6 bulan kerja disitu, dan hari itu adalah hari ‘confirmation’ aku bekerja, dan pada hari itu juga aku menerima panggilan dari sebuah bank tempatan mengatakan bahawa aku telah diterima bekerja di bank itu dengan gaji yang agak lumayan. 

Walau aku tahu jawatan yang ditawarkan itu adalah tidak pasti. Dan ditawarkan di cawangan yang berhampiran dengan kampung halaman. Bahagianya tak terkata. Pada hari itu juga aku telah membuat keputusan untuk memberi notis berhenti pada hari ‘confirmation’ itu. Dan bermulalah kehidupan aku sebagai ‘banker’.

Sebulan pertama tugasku di bank, dipenuhi dengan ‘training’. Banyak travel ke sana ke mari, ber’meeting’ di cawangan lain. Dan bermulalah episod ‘meninggi diri’ di laman sosial. Aku update segala location where I’ve been, meeting apa, dengan siapa, dan segala jenis bangga I showed to social media. Upload segala gambar kerjaku, rakan kerjaku, ye lah nak menunjuk dapat masuk well-known bank kan. Tapi, langit tak selalu cerah…

Setelah hampir 5 bulan bekerja, aku dah dapat merasakan yang aku tak dapat ‘confirm’ dalam pekerjaan aku. Yelah, deal dengan figures, target dan segala benda aku kena achieve. Tepat 5 bulan aku kerja, manager intercom dan panggil aku masuk biliknya. Aku

Dah dapat agak sebab dia panggil masuk biliknya. Nahh dia suruh duduk, and dia bentangkan sales performance aku. Setelah dia menasihati aku dengan cara baik, dia menyarankan aku untuk menghantar notis berhenti sebelum pihak pengurusan ‘terminate’ my employment. 

Keluar dari pejabat manager, aku ke tandas dan aku menangis sepuas hati. Aku bukan menangis sebab diberhentikan kerja, tapi aku menangis sebab dah hancurkan harapan mak dan ayah. Ya Allah, tak ada apa yang lebih menyedihkan dari melihat kehampaan orang tua kita. 

Tapi aku kena kuat, aku hadapi semua ni dengan tabah. Semenjak dari tu, aku mula sedar, nikmatku ditarik balik oleh Allah, disebabkan sifat riak aku sendiri. Aku sedar dan mengaku segalanya. Aku menghadapi fasa paling down dalam hidup. Tapi Alhamdulillah aku dapat mengawal perasaan aku.

Aku mula menganggur balik, lebih kurang 3 bulan. Cari kerja bagai nak rak, update segala website kerja, pergi manual drop resume dekat company, bank semua. Ke sana ke mari. Tapi masih belum rezeki aku lagi. Aku ternampak kerja kosong sebagai guru taska. Aku grab and aku diterima bekerja sebagai guru taska.

Pengalaman sebagai guru taska amat2 menyakitkan dan sangat2 menguji kesabaran aku. Pakkal lah anak orang hihu. Setelah 3 bulan bekerja dari awal pagi hingga ke awal malam. 

Dengan lambakan kerja, melayan karenah anak2, aku disahkan menghidap migrain yang amat teruk. Tapi demi sebuah kelangsungan hidup aku gagahkan jua hingga ke hari ini. Walaupun hari2 aku dipenuhi dengan migrain yang teruk. Selagi aku mampu bertahan, aku tahan. Doakan aku kuat ye kawan2? :’)

Setelah menghadapi segala pahit manis dalam kehidupan, aku dapat ringkaskan bahawa;

1. Jangan pernah meninggi diri. Sentiasalah ingat tanah yang dipijak.

2. Jangan pernah tayang sesuatu yang boleh membuatkan kita riak seperti kerja yang bagus, dapat naik pangkat, ada saving yang banyak, sebab ada antara teman2 kita yang struggle untuk memikirkan nasib hari esok. Ada duit untuk makan kah, atau sebagainya.

3. Jangan kecewakan mak ayah kita, mintalah restu dari mereka walau secebis kuman keputusan kita.

4. Kita sentiasa ada tuhan untuk mengadu.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon