Sudah menjadi trend zaman sekarang, ramai anak muda gemar mengembara, tidak kiralah dalam negara atau ke luar negara.
Bila sebut tentang mengembara, sudah pasti ia melibatkan kos dan perbelanjaan yang agak tinggi. Ramai antara kita masih lagi dibelenggu dengan pemikiran mengumpul duit dan harta adalah lebih baik daripada menghabiskan wang untuk keluar mengembara.
Namun, sebuah status yang dimuat naik oleh seorang pengembara muslimah ini bakal membuka mata anda tentang nilai sebuah pengembaraan yang tiada tolok bandingannya dengan segala harta di dunia.
Orang Muda: Harta vs Travel?
Kau yang dah lama follow page ni, tentu faham sangat betapa aku berkempen sakan supaya lebih banyak orang suka nak keluar mengembara.
Keluar mengembara tak mesti ke luar negara berpasport bagai. Syarat musafir pun lebih 2 marhalah, lebih kurang 90 km saja. Kiranya kalau kau duduk di Gemencheh dan pergi ke Taiping pun dah dikira musafir a.k.a travel.
So... dah beberapa kali aku dengar (baca) orang berdebat bab waktu muda ni lebih baik travel vs lebih baik kumpul harta.
Secara peribadinya, seperti yang kau selalu baca dalam page ni, aku memang sangat galakkan orang travel.
Walau bagaimanapun, untuk yang nak beli rumah, beli tanah, belilah.
Kau ada duit, buatlah apapun. Asalkan tak beli benda yang Tuhan marah.
Cuma... jangan biasakan mulut berkata, "Beli rumah dulu, dah ada harta baru fikir travel."
Tukar pemikiran tu.
"Beli rumah dan travel selagi masih muda, sihat, dan belum perang dunia ketiga."
Kenapa nak buat salah satu saja sedangkan kau boleh buat kedua-duanya?
Tak cukup duit?
Duit tak cukup apabila kau fikir ia tak cukup. Rezeki yang berkat bukan dalam bentuk harta yang melimpah, tetapi apabila kita berasa cukup.
Macam mana nak rasa cukup?
• Bersyukur.
• Jangan merungut.
• Belanja harian ikut keperluan sahaja.
• Sedar diri = beli rumah, kereta, gajet, dan travel gaya ukur baju di badan sendiri. Jangan gaji taraf miskin bandar tapi kereta nak BR-V. Rumah alamat nak ada Heights. iPhone nak tukar setiap kali keluar baru. Travel acah VIP.
Macam mana nak kumpul duit untuk travel? Yang baru sampai ke page ni sila skrol posting lepas2. Banyak kali dah aku share tip kumpul dana travel diri sendiri.
Dan kepada geng yang memang rasa sampai tua takkan mampu nak beli rumah, jangan gelisah. Pergi travel. Kita masih boleh hidup secara nomad - berjalan dan berumah di mana-mana saja asalkan jangan kau ceroboh rumah dan pejabat orang lain.
Mana nak dapat duit kalau travel nomad macam tu? Kerjalah... di hostel ke, restoran ke. Travel ni bukan sekadar rilek tepi kolam renang sambil minum fresh orange gelas ada payung je wei.
Daripada asyik percaya diri tak cukup duit, lagi bagus kau percaya diri tak ada kesempatan umur yang panjang.
Nak seribu daya. Tak nak sudah.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon