Arkitek Ubah Suai Kilang Simen Jadi Rumah Idaman


Tahukah anda rumah agam ini adalah sebuah kilang simen 45 tahun yang lalu? Selepas 45 tahun, akhirnya struktur kilang ini telah berubah menjadi sebuah rumah agam yang begitu unik dan menakjubkan.

Bangunan ini merupakan kilang simen pada suatu dahulu. Kilang ini merupakan hasil peninggalan dari zaman perang lagi, oleh itu proses membaik pulih bangunan ini sudah pasti akan mengambil masa yang lama. Kini, kilang simen ini telah diubah suai menjadi sebuah rumah agam. 

Rumah agam ini dibina oleh seorang arkitek terkemuka dari Barcelona, Spain iaitu Ricardo Bofill. Beliau telah membeli kilang simen ini pada tahun 1973. Sejak dari itu, beliau sudah berhasrat untuk menjadikan kilang simen ini sebagai rumah idaman beliau. Hasil binaan beliau ini diberikan nama La Fabrica.


Selepas melihat kilang itu, Ricardo terus jatuh cinta akan strukturnya dan berhasrat untuk menjadikannya sebagai kediaman beliau.

Apabila beliau ternampak bangunan ini pada tahun 1973, Ricardo sudah pun mempunyai bayangan di mindanya. Selepas bertahun-bertahun melakukan perubahan, beliau mendapat idea untuk mengekalkan konsep asal bangunan itu dengan membiarkan sahaja pokok liar menjalar di bahagian luar. Manakala, untuk konsep dalaman pula beliau telah berhasrat untuk membina ruangan kerja yang minimal dan moden.

"Saya mempunyai gambaran dimana saya ingin membina kehidupan di sebuah tempat yang dapat melindungi diri saya dari dunia luar."

Antara salah satu sebab Ricardo ingin mengubahsuai kilang lama ini adalah kerana beliau lebih gemar untuk bersendirian, ini kerana beliau berpendapat bahawa fokus itu adalah kunci utama dalam bidang arkitektur. Beliau gemar untuk mendapatkan idea dan inspirasi dari tempat yang terpencil dan tenang.




Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon