Buaya Maut Kena Baling Batu Oleh Pelancong


Seekor buaya maut dibaling batu oleh pelancong Jerman yang kurang ajar ketika mengunjung di zoo yang bertempat di bahagian tengah Tunisia.

Memetik laporan Daily Mail, doktor haiwan bagi zoo tersebut berkata, kumpulan pelancong Jerman itu mencampak dua batu besar ke atas seekor buaya, hasilnya buaya itu maut kehilangan darah. 

Selain itu, doktor tersebut juga mengecam tindakan kumpulan pelancong terbabit boleh dianggap tidak berperikemanusiaan dan tidak bermoral.

"Mereka bukan sahaja meninggalkan sampah dan plastik beg, malah baling batu ke atas haiwan seperti singa dan badak air, cara pelancong melayan haiwan memang tidak dapat dibayangkan."

Menurut pihak zoo tersebut, walaupun pihak berkuasa telah meletakkan papan kenyataan yang berbentuk amaran, dan menyediakan pengawal untuk menjalankan rondaan, tetapi masih tidak mampu menghalang pelancong bertindak ganas dan melakukan penderaan ke atas haiwan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak memaklumkan identiti sebenar pelancong yang baling batu ke atas buaya


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon