Siapa yang tak kenal dengan Cikgu Ghani yang sebelum ini pernah menyumbang minyak petrol kepada 2,000 penunggang motosikal disamping membantu insan-insan yang kurang bernasib baik.
Hari ini Cikgu Ghani menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan ayam proses percuma. Lebih 1,000 orang menunggu sejak awal pagi di pintu pagar rumah pesara guru tersebut.
1,300 ekor ayam proses habis diagih kepada orang ramai dalam tempoh hanya 45 minit. Beliau berkata sumbangan ayam percuma adalah antara aktiviti kebajikan yang dijalankan bersama rakan Facebooknya.
Memetik laporan Berita Harian, tambah beliau lagi "dalam keadaan ekonomi yang kurang baik ketika ini ditambah dengan kenaikan harga ikan secara mendadak memberi kesan kepada masyarakat".
Beliau berharap pemberian ayam percuma ini dapat meringkan beban golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon