Doktor Sangka Penyakit Kanser Tapi Terkejut Jumpa 838 Batu Karang Dalam Pundi Hempedu


Tidak boleh makan atau minum dan mengalami sakit perut berpanjangan selain kerap demam dalam masa setahun rupanya bukan penyakit biasa!

Sekumpulan doktor di India terkejut apabila menemui 838 biji batu karang ketika melakukan pembedahan terhadap seorang wanita, Pushpa Devi, 60, yang pada awalnya disyaki menghidap kanser.

Imbasan CT menunjukkan ketumbuhan besar pada pundi hempedunya menyebabkan doktor mengesyaki Pushpa menghidap kanser sehinggalah mereka menemui punca sebenar kesakitannya.

Dr Amit Javed yang mengetuai sekumpulan doktor yang melakukan pembedahan terhadap Pushpa di sebuah hospital di New Delhi berkata wanita itu kelihatan dalam kesakitan amat sangat ketika datang untuk mendapatkan rawatan.



"Malangnya, keadaannya bertambah buruk selepas doktor tersilap beri ubat kerana menyangka dia hanya mengalami sakit perut," katanya.

Selepas menjalani pemeriksaan dan imbasan, pakar neurologi mengesyaki Pushpa meghidap kanser hempedu dan menjalankan pembedahan serta merta.

"Kami terkejut apabila menemui 838 batu karang dalam hempedunya. Keadaan pesakit begitu buruk sehingga kami terpaksa membuang sebahagian hati dan hempedunya," katanya.

Terdahulu, sekumpulan doktor mengeluarkan 12,000 batu karang dari pundi hempedu seorang lelaki berusia 49 tahun di Jaipur.




Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon