Guru Matematik Didakwa Di Makhamah Cederakan Anak Murid Tahun Tiga


Seorang guru Matematik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mencederakan seorang murid perempuan Tahun Tiga di sebuah sekolah kebangsaan di sini, tahun lalu.

Wanita berusia 27 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Tertuduh yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia tujuh bulan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap murid perempuan yang ketika itu berusia sembilan tahun di sebuah sekolah, pada 8.10 pagi, 16 Jun 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy menawarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Tertuduh yang diwakili peguam Mohd Fadhly Yaacob memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin yang rendah atas alasan wanita itu sudah berkhidmat sebagai guru selama tiga tahun.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 April untuk sebutan semula kes.

Turut hadir di mahkamah ialah suami tertuduh, wakil sekolah dan ibu mangsa.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon