"Hanya Allah Tahu Sakitnya Organ-Organ Ni Diketuk Pintu Neraka" Pesakit Kanser Kongsi Pengalaman Hidup


Puan Zatika Izwani merupakan seorang pesakit kanser payudara dan kini sel kanser tersebut telah merebak ke bahagian hati. Beliau berkongsi pengalaman beliau sebagai pesakit kanser terutama buat wanita. 

Nowadays, bukak facebook selang dua, tiga posts, bertujai² iklan slimming, membesarkan, menggetatkan aset, memutihkan kulit. Satu advert, puluhan ribu likes dan message PM.

Tutup facebook, bukak tv. Wah, dua tiga jam airtime cerita pasal produk kecantikan, minuman kesihatan, makanan kuat lahir batin.

Masa duduk hospital, sedia untuk chemo. Ada pulak manusia tanya, tak ikhtiar ke? Abis tu yang aku masuk spital selang 3 minggu, kos rm13 ribu sekali chemo, plus doa n tawakkal- bukan ikhtiar namanya?

Some might say that I'm not in the position to preach about healthy lifestyle since I am the one with cancer, and my cancer had spread. Well, I've been forewarned by my surgeon and onco since the beginning about my high grade, aggressive tumor. So, when things happened, I can just say to bring it on!

Anyway, since produk² ni meningkatkan risiko liver and kidney failure, skin thinning, cancer dan sebagainya, meh sini aku cerita pengalaman bagaimana sakitnya bila organ² ni diketuk pintu nerakanya. Btw, ni opinion pesakit, bukan doktor.

Kulit

Pada peringkat awal pemakaian produk, akan keluarlah segala jerawat, jerawat pasir dan sebagainya. Itu bukan healing crisis atau keluar kotoran, sebaliknya kesan daripada steroid dexamethasone yang diletak dalam produk² ni. Aku pun baru tahu sebab onco concern tengok muka aku yang floles tetiba naik jerawat pasir dan segera menyetopkan premed tersebut. Kesan-kesan lain? Sila google.

So, if you are unlucky, you might get skin cancer. Sebab kulit pun dan nipis mengening, kesan hydroquinone. Then terdedah. Nak tahu seksanya skin cancer? Salah satunya peripheral neuropathy di mana limbs ko akan rasa bagai dihiris-hiris blade Gillete Nacet. Rasa panas, kebas, sakit. Kalau tak teruk, dr kasi pil vitamin, kalau yang dasat, ko kena amik pil anti seizure & painkiller

Radiotherapy kat kulit? Terbakar sampai kulit ko pun ntah ado lagi ke tak. Jadilah seperti ikan cencaru berbulan sampai pulih.

If you're 'lucky'? Pengambilan jangka panjang steroid menyebabkan kegemukan or truncal obesity. Mcm batang pokok. Bukan pokok getah, tapi batang balak. Dahlah berjerawat, gemuk pulak tu. Masa nilah akan mencari slimming produk.

Liver 

Rasanya semua dah tau how these products damage your kidney and liver in long term. Or if you already have liver/ kidney disease, consuming these products will speed up the process. Since kidney aku masih handsome, cerita pasal liverlah sebab aku ada pengalaman sakit hati. Bila capsules kt liver dah menggeregel, rasanya macam ditikam dengan pisau yang tajam. Menusuk, lepas tu ditarik keluar. Tusuk lagi, then tarik & kesakitan ni akan berulang² untuk tempoh yang lama. Masa ni takde apa yang boleh menolong untuk redakan sakit tu. Kecuali menahan, dan painkiller. Painkiller pun start kick in lepas 20-30 minit, so buat sementara waktu, it is between you, God, and the pain itself.

Bila liver mengeras, nak makan pun tak boleh, perut membusung bulat, keras. Rasa nak muntah, gastrik. Ko muntah2 la sampai keluar jus hempedu. Lepas tu melepek penat, lelah. Aku takmo cerita pasal jaundice lagi. Belum turn aku lagi.

Cerita ni bukan tipu, bukan exaggeration. Bukan jugak nak memintak kesian. Siapa yang tulis REDHO LA DENGAN SAKIT, OR SAKIT ITU KIFARAH, memang nak mintak penampor mak ko ijau. Kalau tak redho, dah lama terjun bangunan la wei.

Please be aware of whatever you consume or put on your body. Jangan tengok testimoni recik hawau terus nak PM, PM walaupun kita semua tahu We ❤️ PM.

Untuk seller, please educate yourself before venturing into these businesses. Ambil tahu apa isi kandungan produk, terangkan risiko pengambilan. Bukan jual testimoni yang hebat bak ang, selling easy advice. Jangan jadi pembunuh. Rezeki ada di mana², biarlah berkat.

Bak kata Sultan Uganda, biar kita menangis sebab hitam dan gemuk, jangan anak² menangis.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon