Lelaki Jepun Ini Tegur Cara Pemakaian Tudung Yuna

Pelajar Jepun Ini Tegur Cara Pemakaian Tudung Yuna



Seorang pelajar Jepun telah memberi pendapatnya tentang tudung yang dipakai oleh penyanyi antarabangsa Yuna.

Dia mengatakan lebih suka Yuna menggayakan tudung lebih labuh dan bukannya fesyen turban yang melekat sebagai imejnya.

Pelajar Jepun bernama Masaya Ono yang merupakan peserta pertukaran pelajar di UiTM berkata tudung tradisi muslimah mampu mengurangkan sindrom membenci Islam atau Islamofobia di Amerika Syarikat.

Ini komennya:

“Saya rasa Yuna imejnya dulu cantik bertudung, dia boleh kembali pakai sebegitu. Mungkin dulu fesyen unik untuk pemasaran, tetapi inilah masanya dia menggunakan imejnya.

“Sekarang dia sudah membawa Islam dan dia ada kedudukan dalam industri muzik. Dia sudah popular,”


“Sekarang apabila dia memakai hijab sepenuhnya, dia boleh jadi ikon terbesar bagi wanita Islam. Ia sangat berkesan untuk menangani Islamofobia di Amerika.”


“Saya suka lagunya dengan Usher. Ia sungguh sedap. Sebelum saya datang Malaysia, saya tidak tahu dia dari Malaysia,” kata Masaya lagi.

“Saya ingat dia kacukan Asia dan Amerika kerana bahasa Inggerisnya sangat bagus.”


Masaya merupakan peserta pertukaran mahasiswa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak Julai lalu, membanding dua gaya bertudung Yuna seperti ditunjukkan ketika diwawancara.

Yuna tampil dengan imej bertudung lengkap ketika popular dengan lagu "Dan Sebenarnya" pada tahun 2009.

Semakin dikenali ramai, imejnya bertukar pada 2011 sewaktu mengeluarkan album Terukir di Bintang.

Kini, kerjaya Yuna semakin cemerlang di Amerika Syarikat.


Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon