"Masa Kita Ada Duit Semua Orang Suka, Kalau Masa Kita Susah Mereka Buat Kita Macam Anjing!:


Aku Laila. Just nak share pengalaman hidup aku selepas mendirikan rumah tangga dan hidup bersama keluarga mertua.

Kisahku begini, setelah mendirikan rumah tangga beberapa tahun lepas semua elok dan wangi saje tinggal dengan mertua, biras, dan ipar yang lain di dalam sebuah rumah yang sama.

Masa tu suami aku orangnya memang berduit, banyak projek sana sini. Aku kerja gaji agak lumayan jika untuk hidup seorang diri di Kuala Lumpur ini. Mcm biasa lah kan, org berduit ni semua org sayang dan suka. 

Ibu mertua aku hari2 masakkan kami makanan sedap2. Ahli keluarga lain semua baik dgn kami. Suami dan aku tidak pernah berkira soal belanja barang dapur untuk seisi rumah. Hampir ribuan ringgit kami tanggung setiap bulan.

Adat orang berniaga, pasti akan ada satu tempoh cabaran. Ya, termasuk juga suami aku. Dia ditipu oleh kawan baik sendiri. Nilainya ratusan ribu ringgit. Aku terpaksa minta advance gaji dari majikan dan gajiku dipotong separuh setiap bulan selama setahun. 

Semua sebab nak bantu suami aku yang setiap hari diganggu pembekal minta bayaran. Barang kemAsku habis tergadai termasuk cincin nikah. Aku redha, bagi aku jadi lah apa pon, isteri perlu bantu suami.

Setelah kami tak lagi mampu nak menanggung makan minum org dalam rumah tu, kami dihina. Ibu mertua dan yang lain tak lagi cakap baik2. Yang ada hanya perli, maki, hina, dan dikatakan anjing. Kenapa anjing? Sebab kami keluar bekerja tak mampu nak beli makanan. 

Kami tahan lapar sampai balik rumah, sebab tahu ibu mesti masak. Lama kelamaan, bila balik rumah tak ada lagi nasi dan lauk utk kami. Ibu hanya masak cukup2 utk dia dan anak menantu yang lain. Yg ada hanya kerak nasi. Alasan dia, bukan kami yang beli barang dapur.

Aku menangis. Sungguh aku lapar seharian tak makan. Nak makan tengahari di pejabat, harga bukan murah. Alhamdulillah ada kawan2 yg bantu masa aku susah dulu. Mereka belikan makanan tanpa berkira sedikit pun. Suami aku dah tak lagi keluar bekerja pada masa itu. 

Dia seperti hilang semangat. Duduk rumah saja main telefon dan tidur. Sama juga tak makan. Ibu cakap dengan kami, kalau nak makan, nasi satu senduk dan ayam satu ketul sahaja sehari. Dia tak nak bela org susah katanya. Ya, kami sedar kami miskin dah tak berduit. Kau orang buat kami mcm anjing. Aku ingat perbuatan korang sampai bila2.

Aku nekad, tak boleh hidup saja begini mengenang nasib ditipu orang. Aku dan suami mula berniaga kecil2an di instagram. Kadang tak tidur malam uruskan stok untuk pelanggan. Pagi esok aku perlu ke pejabat lagi. Duit untung berniaga sikit2 tu aku buat makan suami isteri dan simpan.

Setiap hari aku berdoa pada Allah tunjukkan aku jalan bagaimana nak bangkit kembali dan bantu suami aku. Memang betul, kalau kita tawakal dan usaha, pasti Allah beri. Aku tak sanggup dah dihina tiap hari. Walhal dulu waktu kami senang, sikit pon kami tak berkira dengan kalian.

Pengalaman hidup dah dua tahun berlalu. Sekarang Suami aku dah senang macam dulu, dan bertambah-tambah lagi. Aku usaha mencari projek untuk dia dan promote dia. Kami berkenalan dengan seorang jutawan. 

Kebetulan dia nak bina sekolah pondok untuk anak-anak tahfiz. Dia upah suami aku. Jutawan budiman tersebut banyak beri nasihat dan rahsia kejayaan dia kepada kami. Kami ambil dan cuba setiap nasihat dan tunjuk ajar.

Sekarang kami memang dah tak macam dulu. Kami dah mampu pergi melancong ke luar negara, pergi umrah, dan suAmi aku ada belikan barang kemas yang lebih bagus dari yang dulu aku gadai nak bantu dia. Allah gantikan dengan lebih baik.

Keluarga mertua aku? Mereka hanya mampu melihat. Yang kata kami anjing dahulu? Masih lagi begitu hidupnya. Aku juga masih duduk dirumah tu, buat macam biasa. Tapi aku dah beli dua biji rumah lain tanpa pengetahuan mereka. 

Mereka terkejut kami ni senang dan berduit tiba-tiba. Barulah mereka nak bercakap-cakap dengan kami, berbaik-baik, dan siap bertanya tips macam mana nak berniaga macam kami. Aku hanya senyum dan kata Alhamdulillah, berkat doa kalian semua….

Memang benar orang tua-tua kata, kalau kita ada duit semua orang cinta, apa kita buat semua wangi. Tapi kalau kita ni susah, maka memang mereka buat kita mcm anjing! Pengalaman yg sangat berharga dalam hidup aku. Yang buat aku nak sentiasa berusaha untuk berjaya dan semakin berjaya.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon