Mencegah Dan Musnahkan Sel Kanser Payudara Dengan cara Perubatan Nabi Terbukti Berkesan

Apa itu kanser? Ramai sedia maklum bahawa kanser adalah sejenis penyakit yang amat memberhaya yang berpunca dari pertumbuhan sel-sel yang tidak terkawal, tidak normal dan abnormal di dalam badan manusia. 

Jika tidak merawat penyakit ini akan menyebabkan ia semakin berlarutan dan juga berlakunya kematian.

Bermacam jenis-jenis kanser, punca dan faktor penyebab kanser yang harus diambil tahu bagi mencegah penyakit ini. Berbagai cara untuk mencegah kanser yang boleh kita pelajari dan ketahui di dunia ini. 


Namun, tidak semua tips, ubat-ubatan dan cara pencegahan itu mujarab untuk semua pesakit. Bagaimana pun kita harus mencuba untuk menyingkirkan penyakit ini.

Perkongsian dari Dr Haji Noorul Amin Haji Abdul Rahman ini, mungkin akan membantu permasalahan anda dengan salah satu jenis penyakit kanser yang amat ditakuti wanita iaitu kanser payudara.

MUSNAHKAN SEL KANSER PAYUDARA DENGAN PERUBATAN NABI


Mengikut data yang dikeluarkan oleh Institut Kanser Negara dalam laporan statistik kanser daripada tahun 2007 hingga 2011 sebanyak 18 206 wanita Malaysia telah disahkan mengidap penyakit pembunuh nombor satu wanita iaitu KANSER PAYUDARA.


Terdapat banyak faktor risiko kanser payudara yang telah dikenalpasti antaranya ialah obesiti, pengambilan pil perancang, tidak melakukan penyusuan bayi baru lahir dan banyak lagi.

Diet yang banyak protein haiwan juga merupakan faktor risiko yang memainkan peranan penting tetapi malangnya anda tidak akan menjumpai DIET PROTEIN HAIWAN berlebihan (excessive non vege diet) sebagai faktor penyumbang kanser payudara dalam mana-mana buku teks atau jurnal perubatan.

Faktor diet tidak dititikberatkan dalam Perubatan Moden tetapi sangat dititikberatkan dalam Perubatan Nabi.


Sel-sel kanser payudara dapat dimusnahkan dalam masa hanya TIGA BULAN sekiranya segala langkah-langkah yang diterangkan di bawah ini dilakukan dengan betul tanpa putus asa.

Cara Mencegah Kanser


PERTAMA

Ubah diri anda menjadi SEMI VEGETARIAN iaitu hanya makan makanan berasaskan haiwan (ayam, ikan, daging, makanan laut) seminggu sekali sahaja. Makan nasi pun hanya seminggu sekali. Baki 6 hari dalam seminggu anda WAJIB menjadi VEGETARIAN dengan hanya makan barli dengan lauk sayuran SAHAJA.

Sarapan - Bubur barli (Talbinah) yang dicampur dengan biji buah kurma yang telah dijadikan serbuk (satu sudu teh)

Tengahari - Sup barli dengan sayuran (ubi bit dan labu cina antara sayuran yang sangat berkhasiat yang boleh ditambah dalam sup barli)

Malam - Biji barli yang direbus berlaukkan sayuran yang HANYA dimasak dengan minyak zaitun.

Barli disebut dalam 21 hadis Nabi. Barli mempunyai kandungan serat yang sangat tinggi dan indek glisemik yang sangat rendah. Berkenaan minyak zaitun, usah percaya dengan mitos yang mengatakan minyak zaitun akan bertukar menjadi toksik sekiranya digunakan untuk memasak.

Berhenti pengambilan GULA PUTIH sepenuhnya dan gantikan dengan gula kabung. Glukosa dalam gula putih merupakan makanan untuk sel-sel kanser membesar dan membiak. Juga hentikan sepenuhnya makanan dari tepung gandum dan juga segala makanan/minuman dalam paket/tin yang dijual di supermarket.

Jangan risau dengan diet yang ketat ini. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dalam badan atau menjadi malnutrisi.

KEDUA

Minum air rendaman daun inai kering. Dapatkan daun inai dan keringkan dibawah panas matahari. Rendam segenggam daun inai kering dalam segelas air bersih dan minum keesokkannya (dalam keadaan perut kosong) setelah ditapis. Sarapan hanya selepas DUA JAM setelah minum air ini.

Dapatkan LAPAN jenis herba yang disebut dalam kitab Qanoon Fit Tibb dimana pengalaman doktor-doktor di Arab Saudi, Pakistan dan India membuktikan herba-herba tersebut mempunyai kesan antikanser yang jauh melebihi KEMOTERAPI DAN RADIOTERAPI.

Herba tersebut ialah (dalam bahasa Inggeris) Black Seed (Habbatus Sauda), Fenugreek Seed (Halba), Garden Cress, Luban, Promegranate Grind (Buah Delima), Dill Seed (Kuaci), Basil Seed (Biji Selasih) dan Marjoram.

Setiap herba disukat dalam kuantiti-kuantiti tertentu sebelum digaul kesemuanya dan diambil satu sudu teh DUA KALI SEHARI selama TIGA BULAN.

KETIGA

Pengidap kanser payudara WAJIB buat bekam setiap dua minggu selama TIGA BULAN. Rujuk gambar yang dilampirkan untuk mengetahui titik-titik bekam untuk kanser payudara.

Demi menjaga aurat, pastikan anda hanya berbekam dengan jurubekam WANITA SAHAJA (tiada isu darurat dalam hal ini kerana terdapat ramai jurubekam wanita di Malaysia).

KEEMPAT

Kesemua langkah di atas hanya menjadi ASBAB untuk kita mendapatkan kesembuhan. Penyembuh yang sebenar adalah ALLAH swt.

Jaga amalan-amalan anda seperti solat tepat pada waktu dan sebagainya. Solat TAHAJJUD dan doa selepas solat tahajjud WAJIB anda lakukan sepanjang 3 bulan proses penyembuhan ini.

Pastikan fikiran sentiasa positif dan YAKIN bahawa anda telah sembuh sepenuhnya dan sel-sel kanser telah MUSNAH dan LENYAP dari tubuh badan anda.

Wassalam
Dr Hj N Amin Hj A Rahman
MD
mysweetsunnah.com

via Bin Usrah SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl


EmoticonEmoticon