Semalam, seorang guru telah memuat naik sekeping gambar di laman Facebooknya hingga menjadi tular di media sosial. Gambar tersebut menunjukkan seorang pelajar "berkelakuan pelik" ketika menjawab peperiksaan.
Mohd Syazwan Shamsudin yang ketika itu sedang menjaga peperiksaan menyedari salah seorang dari pelajarnya telah meletakkan dompet di atas meja dan membiarkan dompet tersebut dalam keadaan terbuka.
Pelik dan curiga dengan tindakan pelajar itu, Syazwan menghampiri meja pelajar tersebut untuk memerhatikan dengan lebih dekat tentang apakah yang terdapat pada dompet tersebut.
Sebaik sahaja tiba dimeja pelajar itu, Syazwan memerhatikan dompet tersebut dan ternampak gambar ibu bapa pelajar itu.
Apabila ditanya mengapa meletakkan gambar ibu dan bapanya diatas meja, pelajar tersebut memberitahu tujuannya hanya untuk memotivasikan diri ketika menjawab peperiksaan.
Alangkah tersentuh hati Mohd Syazwan apabila mendengar penjelasan dari pelajar itu.Bertuah sungguh ibu bapa pelajar ini kerana bukan semua orang memiliki "anak contoh" seperti ini. Sejuk perut mak dia mengandungkannya 9 bulan 10 hari. Semoga adik ini terus berjaya dalam pelajaran dan sentiasa mengutamakan ibu bapanya apabila dewasa kelak.
Pembaca semua ada tak simpan gambar ibu bapa dalam dompet? Jika gambar teman lelaki atau teman wanita kita boleh simpan dalam dompet, apalah salahnya selitkan sekali gambar mak ayah kan. Kata sayang...
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon