Remaja Jerman Koyak Kepala Dihiris Pisau Ketika Lawan Peragut

Lagi kes bergelut dengan peragut menyebabkan remaja perempuan warga Jerman koyak di kulit kepala akibat dihiris pisau di hadapan Putra Sunway Mall, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Memetik Harian Metro, Sophie Veltmann, 19, dipercayai bergelut dengan peragut terbabit bagi menyelamatkan beg tangannya, sekali gus menggagalkan rancangan peragut selepas orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian.

Sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.12 malam.

“Seramai empat anggota APM bergegas ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi, kami mendapati seorang gadis mengalami pendarahan di kepala dipercayai terkena objek tajam,” kata Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari.

Tambah Shahrul, mangsa mendakwa dia dan rakan perempuan lain sedang berjalan kaki dari Putra Sunway Mall ke Bukit Tunku sebelum diserang.

“Mangsa diserang dari belakang dan berlaku pergelutan antara mangsa dan penjenayah itu.

“Rakan mangsa yang melihat kejadian itu meminta tolong dari orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya.

Mangsa yang mengalami luka terbuka di kepala sepanjang tiga sentimeter diberi rawatan awal oleh Anggota APM dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan.

Sumber : kaki share

Sumber :

EmoticonEmoticon