'Saya Terselamat Daripada Serangan Buaya'


Hidup harus diteruskan. Begitu juga dengan seorang lelaki yang menjadi mangsa baham buaya yang menyebabkan dia kehilangan tangan dan kaki kanannya.

Pun begitu, Rudy Francis Angkanon, 35, yang berjiwa kental menceritakan detik peristiwa hitam dalam hidupnya menerusi sebuah video.

Kejadian berlaku ketika Rudy mahu memberi makan seekor buaya berusia 60 tahun di Taman Buaya Sandakan apabila haiwan buas berkenaan menyambar tangan kanannya.

Video berdurasi 5 minit 21 saat itu berjudul 'Saya Terselamat Daripada Serangan Buaya' dikeluarkan apabila dia yang mendapatkan rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, beransur pulih.

Menerusi video itu, ia menceritakan bagaimana Rudy yang dikejutkan dengan serangan itu bersabung nyawa menyelamatkan diri daripada menjadi 'korban' buaya terbabit dengan menukar posisi ke bahagian bawah perut buaya dan memeluknya dengan kuat untuk menngelak daripada dimakan.

Ramai tidak menyangka Rudy akan terselamat daripada serangan ganas itu melihatkan keadaannya yang parah.

Namun, keluarga dan rakan-rakannya berkata dia memiliki semangat tinggi walaupun kehilangan tangan dan kaki.

Rudy berkahwin dengan Nur Aisa Hatta dan dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Dahlia, 2.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon