Wanita Malaysia Lebih Gemarkan Whatsapp Dan Facebook Berbanding Fesyen


Jika wanita di negara Asia Pasifik lebih gemarkan fesyen, sebaliknya wanita Malaysia pula lebih berminat kepada internet. 

Jenama internet seperti Whatsapp, Google dan Facebook mengatasi nama besar seperti Toyota dan iPhone dalam indeks Penilaian Persepsi Wanita Malaysia. 

Tinjauan tersebut dijalankan oleh sebuah firma penyelidikan pemasaran antarabangsa yang berasaskan internet. Menurut YouGov, senarai tersebut ialah hasil tinjauan yang dilakkan selama 12 bulan sehingga Januari 2017. 

Antara jenama lain yang mendapat perhatian wanita Malaysia ialah Lazada, Honda, Rexona, Youtube serta Dettol. 

YouGov BrandIndex menemubual ribuan pengguna setiap hari meliputi lebih enam juta temubual setahun. Di Malaysia, YouGov BrandIndex meliputi 250 jenama.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon