Wanita. Pilih untuk jadi sebesar besar fitnah atau seindah indah perhiasan. Saya juga wanita. Kita ini terdedah kepada fitnah yg cukup besar untuk lelaki. Wanita. Jagalah diri. Jauhkan diri dari yg namanya lelaki melainkan dari yg haram untuk kamu kahwini.
Jangan senyum lebih, jangan bergurau lebih, jangan tayang yg lebih2. Sama juga saya. Ada pengalaman berkerja dengan lelaki, berurusan dengan lelaki.
Tak kira siapa pun kita, isteri orang, anak dara, atau janda, jaga diri. Lelaki atau perempuan ia bertitik tolak dengan kita. Kalau lelaki mulakan yg perempuan jangan mudah melayan. Kalau perempuan nampak berlebihan yg lelaki cuba jarakkan. Ini bab maruah. Benarlah kata mereka, masyarakat kita makin parah.
Bertepuk tampar, berkereta sekali, bergurau yg berlebihan, makan sekali walau masing2 dah ada pasangan. Kalau ditegur, katanya, “alah, takkan makan pun tak boleh”, “ada kerja luar takkan nak guna kereta asing”, “gurau je pun, kami ni dah macam adik beradik”.
Alasan, nak seribu daya tak hendak apakan daya. Dari pegawai atasan hingga ke kerani bawahan, pelbagai jabatan. Aduh. Malunya kita. Kita bimbang pada perilaku anak anak kita sedang kita sendiri tak menjaga walau tak ditunjuk didepan mereka. Setiap waktu solat jemaah disurau, siap azan lagi.
Bila bab perempuan guraunya tak sedap didengar. Bukan semua, tapi ini bukti bahawa perempuan itu ujian cukup hebat utk lelaki. Pengalaman saya. Sahabat saya pernah diganggu ditempat kerja. Mesej, call whatssapp tgh malam. Mujurlah sahabat saya tak layan, siap block lagi. Sedang yg lelaki dah ada anak isteri. Alahai abang, jagalah.
Yg perempuan jagalah, yg lelaki hadkanlah. Jangan lebih pada sempadan. Kita yg perempuan elakkan dari jadi pemula fitnah. Pada yg lelaki jgn mulakan. Saya kira siapa pun ada pengalaman baik pada diri sendiri mahupun orang sekeliling.
Akhirnya, kita sama-sama jaga diri, dunia sekarang makin jahat. Terima kasih sebab sudi baca, harap2 ia sampai dan tidak melukakan hati sesiapa. Mohon maaf andai ada salah silap, saya doakan moga kita semua dijauhkan dari fitnah manusia dunia dan akhirat.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon