[VIDEO] Anjing Ini Kehausan Air Terpaksa Gonggong Baldi Untuk Minta Sedikit Air Dari Orang Ramai


Baru-baru ini sebuah video yang menunjukkan seekor ular tedung yang kehausan akibat kemarau di India viral di media sosial. Terbaru di Peru, video seekor anjing yang haus sambil mengonggong baldi sambil meminta sedikit air di bandar Lima, Peru juga turut menjadi viral dan menyentuh emosi netizen dari seluruh dunia. 

Anjing yang tidak bertuan yang dirakam di daerah Chorrillos merupakan salah satu bandar yang terjejas akibat kekurangan air yang melanda ibu kota Peru itu. 

Kes itu telah mengakibatkan 75 orang maut dan mengakibatkan lebih sejuta warga Peru terpaksa meninggalkan kediaman mereka. Syarik air yang bertanggungjawab, Sedapal telah menggantung bekalan air selepas sumber air dipercayai telah tercemar dengan lumpur kesan dari banjir teruk yang melanda kawasan tersebut. 

Syarikat itu dilaporkan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah terbabit selain dari meletakkan bekas air gergasi di sekitar bandar itu untuk kegunaan sementara penduduk. 

Namun, kesian juga pada anjing ini yang terpaksa mencari air sendiri untuk menghilangkan rasa haus. 



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon