Alhamdulillah , Bonus Hari Raya Untuk Penjawat Awam Akan Diagihkan Sebelum 9 Jun 2017



PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan Malaysia hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017.

Menurut kenyataan itu, bantuan khas itu juga akan dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.


“Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017,” kata kenyataan itu.

23 Mei lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bantuan khas sekurang-kurangnya RM1,000 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, jumlah itu dipohon bagi menghadapi kos sara hidup yang meningkat dan harga barang yang tidak menentu. – The Reporter

Sumber : Gengviral


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon